Sebenarnya kedua-dua tokoh aku ni pernah bekerja ngan mereka. Zahid semasa dia jadi pengerusi BSN dan setpol Dato` Najib. Asmuni Awie pun aku pernah bekerja ngan dia. Selalu juga dia bawak aku makan-makan di hotel Casuarina Ipoh. Masa tu dia belum terlibat aktif dalam politik. Kalau tak silap aku masa tu dia nak jumpa Malek Nor ahli bina badan tu dan aku pulak nak jumpa bendahari yayasan perak Jamil Mat Kassa.
Kedua-duanya ada kekuatan tersendiri dan karismanya. Sebenarnya dulu mereka ni kawan. Cuma biasa lah bila dua-dua jadi orang kuat parti yang berlawanan sudah tentu ada yang tergesel di sana sini. Mahu tak mahu tersentuh juga serba sedikit.
Aku tak nak komen apa-apa sebab bagi aku yang kenal kedua-duanya memang kedua-duanya bagus. Kalau bab kerja dan janji kedua-duanya menunjukkan kesungguhan dan seboleh mungkin menunaikan amanah yang dipikul.
Itu lah senario 15 tahun dulu. Sekarang aku cuma jadi pemerhati dari jauh. Asmuni awie ni seorang lawyer berkaliber dan banyak menang kes. Dulu kalau ke ipoh ke pejabat dia lah aku pergi dulu Maxwell, Canion, Cowdy and Jones. Sekarang rasanya dia buat syarikat guaman sendiri.
Begitu juga Zahid tak pernah lokek bagi sumbangan. Yang terbaru (2 tahun dulu) Kelab aku dibaginya peruntukan RM 500.00. Dapat la aku jalankan projek bolasepak 9 sebelah. Yang aku tak boleh lupa oleh kerana terlampau sibuk di BSN dulu dia keluar dari bilik terus jumpa ngan aku kat lobi BSN dan dia cakap minta maaf tak dapat jumpa sebab sibuk sangat. Jumpa kemudian katanya.
Malam ni dalam Buletin utama akau tengok ada isu Asmuni dan Zahid. Aku tak memihak mana-mana kerana aku tahu kedua-duanya ada kekuatan dan kedua-duanya ada juga kekurangan. Wallahu alam.......
Deme ni rakan sekelas dan satu asrama....
BalasPadam