Nuffnang

Pengikut

Khamis, 9 April 2009

Khinzir dan Keturunannya

Gelatin Keluaran HalalGel

Seorang Cina pernah cakap kat aku. Naseli ah awak tau ka. "Sampai tua olang melayu sudah makan 3 ekor babi ohhh". Aku agak marah dengan kenyataan tu. Aku pun tanya "apa pasat ha". "semua makanan atak campur babi oh you tak pecaya ka". Aku termenung. 10 tahun dulu cina ni cakap kat aku. Masih terngiang-ngiang. Cina ni pulak memang baik ngan aku. Aku tak tau kat mana dia sekarang.


Bila aku terlibat dalam pemasaran produk herba satu ketika dulu memang banyak pendedahan eksklusif yang membenarkan pernyataan di atas. Untuk bahagian pertama ni aku cerita Khinzir dan produk hiliran yang kadang-kadang kita sendiri ada gunakannya.


Khinzir ni macam pokok kelapa semua bahagiannya boleh digunakan. Bulunya digunakan untuk membuat berus gigi, berus biskut, berus lukisan,tepung berprotein tinggi dan jekat bulu. Kulitnya boleh dibuat beg tangan,dompet,kasut dan jaket kulit. Kulitnya juga boleh menghasilkan kolagen elok untuk kulit. Awas banyak produk kosmetik di pasaran menggunakan kolagen. Pastikan sumber kolagen yang halal.


Tulangnya boleh menghasilkan Kalsium dan Fosforus yang digunakan dalam industri Ubat Gigi dan susu. Ingat tak jenama ubat gigi yang terkenal betapa susah nak dapat logo Halal Jakim. sebab apa? Sendiri mau ingat la.


Tulangnya juga boleh menghasilkan gelatin yang murah. Berhati-hati dengan jellly, agar-agar dan kek yang bukan keluaran orang Islam. Kek buatan orang Islam pun kadang-kadang menggunakan bahan yang sama sebab dia tak tau. Gunakan Gelatin Halal Gel confirm Halal. Tulangnya juga boleh mnghasilkan Emulsifier yang banyak digunakan dalam Yogurt, Ais Krim dan mentega. Juga dijadikian penstabil makanan dan Jus,Margerin dan minuman. Itu sebab walaupun ada logo halal kita kena berhati-hati


Darahnya digunakan dalam sosej (belilah sosej jenama Ramli sahaja lupakan yang lain),vaksin (Baca dalam Kosmo hari ini 9/4/2009 sumber babi digunakan dalam ubat jantung), Tablet dan media fermentasi.


Lemaknya banyak digunakan dalam industri susu (baca label ada tulis wei powder), kosmetik, perasa dan pewarna tambahan, shortening (banyak digunakan dalam kek), Roti dan biskut. Lemaknya juga boleh menghasilkan minyak masak, snek,mee dan perisa tambahan.


Organnya seperti hempedu menghasilkan makanan tambahan, Pankreas sumber insulin termurah dipasaran ( berhati-hati pengidap kencing manis yang menggunakan suntikan). Usus digunakan sebagai sarung sosej.


Itu baru sikit sebenarnya banyak lagi. Aku akan huraikan dalam artikel yang seterusya. Mungkin betul apa yang cina tu cakap. Itu sebab hari negara Arab mua berhati-hati dengan banyak keluaran makanan halal di Malaysia. Mereka lebih suka Produk Halal yang dihasilkan oleh Bumiputra Islam yang mengeluarkan bahan mentah dan mengilangkan sndiri.

2 ulasan:

  1. Apesal tak sebut je jenama2 tu semua, kat internet ni takde masalah la. bebas.. tulis je laaa.. ubat gigi terkenal la.. tulis je la colgate.. aduyai..

    BalasPadam
  2. emm....kalu trtulis whey powder tu drpd lemak babi ke??

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...