Nuffnang

Pengikut

Khamis, 8 April 2010

Getaran kekayaan


Masih terngiang-ngiang seorang kawan baik aku pada satu masa dahulu yang mengatakan dia merupakan orang membawa nasib malang. Di mana sahaja dia berada pasti orang atau organisasi yang bersamanya akan menghadapi masalah. Namun aku tidak mengiyakan kenyataan tersebut. Aku cuba mencari jawapan disebalik kenyataannya itu.


Setelah membaca satu artikel tentang peranan gelombang dan getarannya aku menemui jawapan kepada permasalahan tersebut. Menurut artikel yang aku baca apabila kita sentiasa berfikiran negatif dan yang bukan-bukan maka perkara yang bukan-bukan dan yang yang negatif akan datang ke dalam badan kita. Setiap benda yang ada didunia ini mempunyai geolmbangya yang tersendiri.


Sekiranya gelombang tersebut berada dalam frekuensi yang sama dengan kita maka badan kita lebih mudah menarik gelombang daripada benda tersebut. Apabila kita terlampau banyak komplen, membangkang, bersangka tidak baik, memikirkan perkara-perkara yang tidak baik maka gelombang negatif akan melingkari hidup kita.


Apa yang kita boleh lakukan kita perlu sentiasa fokus kepada perkara yang positif. Hindarkan perkara yang negatif. Kalau boleh jauhi orang yang berfikiran negatif kerana orang tersebut boleh mengganggu gelombang positif di dalam badan kita.


Mengapa orang kaya bertambah kaya dan orang miskin bertambah miskin. Juga ada kaitan dengan gelombang dan getaran. Sekiranya kehidupan seharian kita dilingkungi oleh perkara negatif maka ialah akan menyekat getaran dan gelombang kekayaan kerana ia berada dalam frekuensi yang berbeza.


Setelah memikirkan tentang sahabat aku yang sorang itu maka tepatlah dengan teori gelombang dan getaran yang aku baca.Apa yang dapat aku perhatikan sahabat baik aku ini sentiasa membangkang cakap orang, sentiasa bersangka buruk dengan orang malah dia selalu memikirkan perkara yang bukan-bukan. Maka mungkin gelombang negatifnya itu memberi kesan kepada oarang berada dekat dengannya.


Jangan pula anda percaya 100% apa yang aku tulis disini. Namun setelah difikir-fikirkan banyak juga kebenarannya daripada teori ini dengan sahabat aku ini. Fikir-fikirkan........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...