Nuffnang

Pengikut

Isnin, 26 April 2010

Ankara Facebook


Mengadap facebook, twitter, myspace , friendster, tagged dan seumpamanya memang mengasyikkan. Seumpama candu semakin lama semakin ketagih dibuatnya. Mula-mula melihat orang melayan facebook dalam hati berkata apalah yang best sangat facebook ni.


Ada yang tersenyum, ada yang bersedih tak kurang juga yang ketawa berdekah-dekah melayan facebook. Memang sifat semulajadi aku yang ingin tahu, maka aku pun mula berjinak-jinak dengan facebook. Mula-mula tak de rasa apa-apa. Semakin lama semakin best. Semakin lama semakin best. Tambahan pula apabila bertemu di alam maya dengan rakan-rakan semasa zaman sekolah yang sudah bertahun-tahun tidak berjumpa.


Ada yang uban memutih dikepala, ada juga yang langsung tak de uban disebabkan kepala yang dah botak. Ada juga yang allignmet dan balancing dah lari. Nak buat tuning pun tak boleh dah. Akhir-akhir ini aku menemui keseronokan baru apabila aku dapat ngechat dengan orang-orang yang excellant dalam bidangnya seperti DR. Tengku Ismadi, Osman Affan, Dr. Azizan Osman, Dr. Shukri dan ramai lagi.


Kita boleh mengikuti perkmbangan diri dan program semasa mereka setiap kali mereka update di dalam facebook. Dalam masa yang sama kita boleh memberikan komen. Ini yang membuat aku lebih penasaran dengan Facebook. Tetapi ada satu kisah lucu tentang facebook yang membuat hidup aku sentiasa tersenyum setiap kali mengenangkan perkara itu.


Seperti biasa aku memang ditugaskan untuk mengajar murid yang tidak tahu membaca dan menulis. Salah seorang anak murid aku ni kalau dilihat muka memang ganas, brutal dan hebat. Aku difahamkan diluar dia hanya berkahwan dengan pelajar yang lebih tua daripadanya. Perwatakan yang brutal dengan kebolehan membaca dan menulis memang sangat kontras. Yang best tu dia pun ada facebook. Bukan satu akaun tetapi dua akaun facebook.


Ana feninglah macam mana dia menaip setiap kali hendak ngechat atau bagi komen. Pada satu hari aku cuba ngechat dengannya menggunakan Facebook orang lain. Setiap kali aku menaip dan menghantar padanya responnya sangat cepat. Tetapi kome tahu ke apa yang dia tulis. Perkataan yang dia memang hafal ialah hai. Tulislah macam mana pun dia akan balas hai, sampai habis lah hai. Kini baru ku tahu rahsianya berfacebook.


Setiap kali bertembung dengannya akau pasti tersenyum mengingatkan betapa mesra hainya itu. Dah macam Bah Roy pulak setiap kali bertembung dengan aku dia akan cakap hai. Aku menunggu saat dan ketikanya Bah Roy berfacebook. Apa agaknya yang dia akan tulis.....

8 ulasan:

  1. hahaha.. rahsia dia sudah pecahlah yekkk???

    hai semedang.. :)

    BalasPadam
  2. hai



    .
    .


    .
    .


    :D hihihi


    suruh budak tu hafal ejaan lai plak :D

    BalasPadam
  3. Cadangnya nak ajar dia perkataan-perkataan yang biasa digunakan ketika ngechat

    BalasPadam
  4. Facebook ni kalau pandai buat duit ada baiknya. Tapi banyak yang buang masa dengan facebook aku tgk. Tp tak per jugak dapat jumpa kawan sekolah dulu...heeee...

    BalasPadam
  5. ahlil facebook saya ....hanya wanita saja. He..he..




    (termasuk orang rumah mu...kat situlah rahsia terpecah.....hi..hi...)

    BalasPadam
  6. canang : betul tu. ramai juga kawan-kawan yang berjaya melalui pemasaran facebook ni.

    cklah : alamak rahsia yang bukan rahsia lagi

    BalasPadam
  7. pasal 'hi', teringat dulu aziz desa dengan rancangan MHInye - hai hai hai,

    thanx anjang sudi ke blog haku yang xde apa2 tuh, muger2 kite leh jadi rakan siber yang baik2,

    salamm,

    BalasPadam
  8. Tun begia : rancangan favourite aku tu, kalau tak silap aziz guna gelaran mat cermin.

    blog engko tu ok bangat. banyak info yang menarik

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...