Nuffnang

Pengikut

Isnin, 5 April 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

Pada tahun ni sempat juga juga aku mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Ramai juga rakan yang ditemui semasa pesta buku tersebut. Antaranya Hj. Khairul Anuar Shahaludin PK HEM sekolah aku merangkap senior masa di UKM dulu. Selepas tu bertembung pula dengan Fauzi juga senior aku yang baru pulang dari Sabah setelah lama mengajar di semenanjung.


Yang paling aku tak sangka apabila berjumpa dengan sahabat seblogger,sesekolah, seUKM,semain gitar (dulu le), sekampung dengan orang rumah aku iaitu Cheegooden CamniCamtu. Sempat juga bersembang dengannya isu-isu global dan krisis pemanasan rumah hijau secara serius. Setelah mencapai resolosi untuk dibentangkan di PBB kami pun mengambil jalan masing-masing untuk kembali ke pangkal jalan


Pandangan aku tentang pesta buku ni memang meriah dan sambutannya amat menggalakakan berbanding kunujungan aku beberapa tahun dahulu. Ramai ibu-bapa yang membawa anak-anak ke pesta buku tersebut. Daripada segi penyertaan syarikat penerbitan memang mencatatkan peningkatan yang amat ketara. Namun ada satu perkara yang bermain diminda. Bolehkan pesta buku ini disebut pesta buku antarabangsa?



Boleh dikira syarikat antarabangsa yang terlibat kecuali di bahagain buku akademik. Wakil Indonesia dan Brunei boothnya tersorok dan terasing daripada laluan pengunjung. Kalau tidak kerana adanya meja pelukis live karikatur maka tiada siapa yang menyedari kewujudannya. Syarikat buku antarabangsa pula boleh dikira dengan jari.


Namun ada satu perkara yang amat-amat dan amat tidak memuaskan hati aku. Privasi aku sekeluarga untuk berkunjung dari satu booth ke satu booth diganggu oleh jurujual-jurujual Groolier yang amat agresif. Sehingga ada yang melemparkan kata-kata yang kurang menyenangkan apabila kita tidak mahu mendengar penerangan mereka. Aku selalu mengingatkan anak-anak supaya jangan lalu di kawasan jerangkap samar ini.




Memang mereka ni tidak faham bahasa. Apabila orang tidak mahu mendengar penjelasan mereka sepatutnya mereka faham. Jangan desak dan terus mendesak sehingga kita membuang masa mendengar penjelasan mereka. Aku datang dari jauh sebab nak tengok buku bukan nak mendengar penjelasan mereka.





Yang menghairankan di ketiga-tiga dewan pameran ada sahaja booth Groolier. Memang betul-betul menggangu privasi dan ketenteraman. Apapun aku berasa puas hati kerana hajat hendak mengunjungi pesta buku tercapai. Semoga tahun depan aku akan dapat berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...