Ini bukan mayyin-mayyin (cara sebutan pelajar asli aku) punya cerita. Kejadian yang amat menyayat hati dan bisa meruntun jiwa. Kepada sesiapa yang membaca janganlah hendaknya berasa syahdu sehingga menitiskan air mata. Kejadian ini memang benar-benar berlaku.
Lokasi dan pelakunya biarlah aku rahsiakan demi kemakmuran negara dan demi membantu memulihkan ekonomi global serta kemajuan bolasepak negara. Ceritanya tentang kisah seorang duda yang berkahwin dengan seorang wanita dalam lingkungan umur 40-an. Wanita ini merupakan orang yang berada dan berpangkat.
Kalau dibandingkan dengan duda ni hanya berpangkat sarjan dalam pasukan polis. Sedangkan wanita ini berkelulusan ijazah luar negara. Perkahwinannya hanya bertahan sebulan memandangkan sikap si isteri yang boleh dikatakan queen control tahap dewa.
Mulanya aku tidak berapa percaya dengan cerita ini. Mungkin sengaja diada-adakan. Namun setelah mendengar cerita daripada 2 ke 3 sumber yang boleh dipercayai dan cerita ketiga-tiga sumber itu sama maka pada pandangan aku cerita ini ada kebenarannya. Sebagai orang yang baru berkahwin sudah pasti mempunyai tarikan magnet yang kuat.
Apa yang akan terjadi sekiraya Kutub utara bertemu kutub selatan ? tentu melekatkan. Begitu juga halnya dengan pasangan ini. Namun daripada sumber risikan mosad,CIA dan agensi risikan terbaru Fulcrum (daripada cerita Chuck) menyatakan setiap kali hendak mengadakan hubungan intim si suami dikenakan satu syarat. Apa syaratnya? tentu anda tertanya-tanyakan.
Ha ha ini syaratnya, si suami mesti membaca sebuah buku. Lepas tu baru dapat upah. Alamak berapa lama nak habis baca buku sedangkan karan tengah kuat masa tu. Cuba anda bayangkan atau mungkin juga anda tidak dapat membayangkannya. Ombak yang sedang mengganas dan bergelora pun akan kembali tenang dalam proses menghabiskan membaca sebuah buku.
Tunggu-tunggu, anda jangan berhenti membaca teruskan membaca ada lagi yang lebih kisah yang lebih sensasi. Selalunya kalau hendak berjalan ke mana-mana kita akan memakai pakaian yang cantik dan kemas. Begitu juga lah halnya dengan si suami ini. Namun si suami memakai pakaian dengan kemas bukan disebabkan ingin berjalan ke mana-mana tetapi untuk memenuhi syarat si isteri yang seterusnya.
Keluar sahaja pintu rumah mesti memakai pakaian yang kemas. Mesti pakai seluar panjang dan baju dimasukkan ke dalam walaupun hanya untuk menyidai kain. Memakai kain pelikat diharamkan sama sekali. Mungkin untuk langkah keselamatan takut terlucut ke atau takut suaminya diskodeng makcik sebelah rumah. Maklumlah hakcipta terpelihara dan hakmilik eksklusif mana boleh orang lain tengok. Agak aku le....
Patutlah perkahwinan mereka hanya bertahan selama sebulan. Kalau macam ni boleh mati beragan. Datuk Fadzillah Kamsah pun belum tentu boleh bantu menyelesaikan masalah ini.........Apa pandangan anda.......?.....?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan