Nuffnang

Pengikut

Khamis, 26 Ogos 2010

Buah Tembikai vs Badak Berendam : Law of Attraction

Sedang aku meronda-ronda di pekan Sungkai tiba-tiba aku ternampak buah tembikai yang sangat menyelerakan. Memang aku teringin sangat dengan buah tembikai tersebut. Aku sudah dapat membayangkan kesedapan buah tembikai tersebut apabila di kunyah perlahan-lahan. Airnya akan memercik keluar dan memenuhi mulut.


Pasti rasa tembikai amat sedap dan bisa menghilangkan dahaga. Namun hati ini berkata biarlah dulu, aku mesti menyelesaikan urusan lain yang lebih penting. Apabila semua urusan selesai aku akan pergi semula ke kedai menjual tembika yang amat sedap pada pandangan mata aku.


Apabila selesai semua urusan lain, aku terus sahaja menaiki bas untuk pulang ke rumah. Di dalam bas baru aku teringat aku dah terlupa untuk membeli tembikai. Alamak terasa penyesalan yang amat sangat. Hilang semua bayangan kesedapan tembikai dari bayangan minda. Namun hati masih berkata-kata sedapnya tembikai "Kalaulah dapat makan tembikai memang best ni". Inilah anatara peristiwa yang aku alami semasa zaman kanak-kanak.


Keinginan terhadap tembikai tersebut memang kuat. Apabila tiba di rumah rasa untuk menikmati tembikai masih ada. Apabila aku lihat di atas meja makan, tiba-tiba perasaan gembira, suka dan teruja menyelinap satu badan. Buah Tembikai yang aku idamkan ada di atas meja makan.


Aku bertanya kepada arwah emak aku "Mak beli tembikai ni ke ?". Emak aku hanya mengangguk. Kadang-kadang aku terfikir mungkin ada connection psikik antara aku dan emak. Apabila apa yang aku inginkan di dalam minda, minda aku akan menghantar isyarat kepada minda di bawah sedar ibu. Mungkin inilah yang dikatakan kuasa psikik atau Hypnosis. Kejadian seumpama ini kerap kali berlaku. Apabila aku amat, amat dan teramat inginkan sesuatu terutamanya makanan selalunya apabila pulang ke rumah makanan itu sudah disediakan oleh arwah emak.


Semalam berlaku satu lagi kejadian yang hampir serupa. Sehari sebelumnya aku ke Bazar Ramadan Sungkai untuk membeli bubur lambuk. Semasa hendak membeli bubur lambuk aku ternampak kuih badak berendam yang amat meenyelerakan pada pandangan aku. Namun aku tidak membelinya kerana sebelum itu aku sudah membeli banyak kuih jenis lain. Dalam hati aku berkata "Aku akan membelinya pada hari sabtu dan aku mesti beli pada hari sabtu sebab aku terlampau teringin merasanya".


Semalam aku tidak dapat membelinya kerana ada majlis berbuka puasa di sekolah. Hari jumaat aku akan berbuka puasa di kampung Jambai Tapah. Cuma hari sabtu baru akau dapat membeli kuih badak berendam. Namun apabila pulang ke rumah rasa nak makan badak berendam amat kuat. Aku asyik terbayang rupa badak berendam. Rasa, teksturnya dan serta kelazatan intinya sudah terbayang diminda. Namun hati ini terus dipujuk oleh minda "Tak pe hari sabtu nanti aku akan beli badak berendam tersebut".


Selepas berbuka puasa makan nasi beriyani dalam program berbuka puasa di sekolah, aku pun pergi ke tempat hidangan buffet yang disediakan untuk melihat apa lagi menu yang boleh di makan. Tiba-tiba aku ternampak kuih yang memang aku ingingkan iaitu badak berendam. Aku rasa nak melompat dan menjerit keriangan.Aku tersenyum sendirian tanpa disedari oleh orang lain. Hati ini terus berbunga-bunga kerana puasnya apabila tercapai juga hajat nak makan badak berendam. Dalam hati aku tidak lupa mengucapkan syukur pada tuhan. Sebelum hari sabtu tuhan sudah memakbulkan hajat aku untuk makan badak berendam.


Rasanya dan teksturnya memang seperti yang aku gambarkan. Memang best la kuih ni..... Tak cukup makan disitu aku meminta kuih tersbut utuk dibungkus bawa balik memandangkan perut sudah kekenyangan, aku hanya mampu makan satu sahaja. Sedapnya kuih badak berendam....Inilah mungkin yang dimaksudkan apabila gambaran minda kita kuat untuk memiliki sesuatu akhirnya kita akan memilikinya jua mengikut Hukum Law of Attraction.

1 ulasan:

  1. thats right camilyn,

    I really agreed what you said. Most of Malayisan citizen didnt realize what mind power can do in their life....

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...