Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 13 Ogos 2010

Sungai Sarawak


Penempatan di Sabah dan Sarawak merupakan bayangan ngeri bagi segolongan cikgu baru. Apa yang terbayang di mata ialah hutan, kawasan pedalaman dan jalan yang penuh berliku untuk sampai ke sekolah baru. Pelbagai cerita suka dan duka pernah di dengar daripada mereka yang ditempatkan di kawasan pedalaman.


Seorang sahabat aku yang ditempatkan di Sarawak menceritakan tentang pengalamannya dan pengalaman seorang sahabatnya untuk sampai ke sekolah barunya dia terpaksa naik pengangkutan air seumpama sampan panjang berenjin. Sepanjang sungai itu ada banyak sekolah untuk ditempatkan guru-guru baru disitu.


Bot itu akan singgah dari satu tebing sungai ke satu tebing sungai yang berhampiran dengan sekolah atau terpaksa berjalan kaki lebih jauh dari tebing sungai tersebut untuk sampai ke sekolah. Dia terus menunggu bila pula gilirannya untuk turun dari bot untuk ke sekolah barunya. Seoarang demi seorang rakan-rakannya diturunkan. Namun gilirannya masih belum tiba. Pelbagai persolan bermain difikiran.


Namun sahabat aku agak bernasib baik kerana sekolahnya tidak sejauh sekolah seorang lagi sahabatnya itu. "Jauh lagi ke sekolah aku". "bagaimana rupanya sekolah aku" "bagaimana masyarakatnya ok ke". Silih berganti soalan tersebut menerjah ke dalam kotak fikiran. Bot terus bergerak laju sambil menurunkan guru-guru baru di tebing sungai.


Namun giliran guru baru ni masih belum kunjung tiba. Rupa-rupanya dia ditempatkan di sekolah yang terakhir nun jauh di pedalaman Sarawak. Rasa nak menangis, sayu dan mulalah terbayang wajah orang-orang yang tersayang. Hatinya sayu dan seolah terasa seperti hanyut jauh mengikut aliran air sungai yang semakin jauh menuju ke kuala. Namun demi tugas kepada negara ditabahkan juga hati walaupun seribu satu kesedihan melanda di dalam jiwa dan raga.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...