Ramadan mengingatkan aku kepada peristiwa tragis yang berlaku hampir 7 tahun dahulu. Kalau tak silap aku peristiwa ini berlaku sebelum ramadan atau hari-hari awal Ramadan. Sukar aku mempercayainya kerana orang yang terlibat dalam kejadian tersebut amat aku kenal.
Entah apa yang menyebabkan seorang makcik tersebut bertindak demikian. Memang diluar batas kewarasan pemikiran seorang insan. Hampir setiap minggu makcik ni akan datang ke rumah aku untuk mengambil barang-barang direct selling untuk diniagakan di tempatnya yang terletak di kampung bersebelahan.
Makcik ni antara pengedar aku yang aktif dalam jualan langsung. Hampir setahun sebelum peristiwa tersebut berlaku sempat aku membuat demo produk-produk direct selling dirumahnya. sambutannya agak menggalakkan. Ada yang menjadi ahli dan ada juga yang membeli produk. Repeat Salenya juga agak tinggi.
Pernah juga dia mengikut aku dan kumpulan direct selling yang lain bermesyuarat di Teluk Intan. Namun amat sukar untuk aku membayangkan bagaimana makcik ni hilang pertimbangan akal untuk melakukan perbuatan yang aku tidak sangkakan.
Masih aku terbayang dengan motor dhoifnya dia datang ke rumah aku untuk mengambil barang direct Selling untuk dipasarkan dikampungnya. Makcik ni memang peramah dan sentiasa terpancar keriangan di wajahnya. Percakapan agak laju yang membayangkan dia seorang yang agak aktif. Agak kontras dengan watak suaminya yang lebih banyak mendiamkan diri dan menyendiri.
Tiba-tiba pada suatu hari terdengar berita yag amat mengejutkan aku dari seorang kenalan "Ri makcik Timah (buka nama sebenar), meninggal dunia" Aku amat terkejut dengan peristiwa tersebut. Sambil bertalu-talu soalan yang nak aku tanyakan kepada kenalan aku. Belum sempat aku melontarkan soalan susulan kenalan aku menambah lagi "Ri yang tak sedapnya dia mati bunuh diri, minum racun rumpai"
Perkhabaran kedua lebih mengejutkan aku,. Lebih banyak soalan yang ingin aku lontarkan kepada kenalan aku. Daripada sumber yang aku bole percayai aku diberitahu sebab-sebab makcik tersebut mengambil tindakan membunuh diri. Namun biarlah aku rahsiakan sebab tindakannya kerana sebabnya amat mengaib dan memalukan seluruh keluarganya. Biarlah aku simpan rahsia tersebut sehingga ke akhir hayat. Namun aku tetap menitipkan al-fatihah untuk makcik Timah.
Semoga tuhan mengampunkan dosa-dosanya.... Al Fatihah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan