Nuffnang

Pengikut

Khamis, 19 Ogos 2010

Mancari kelazatan Cinta Al-Fattah


Sehari demi sehari kita meninggalkan Ramadhan. Sehari demi sehari juga kita menghampiri Shawal. Aku amat teruja dengan kahadiran Ramadhan kerana ada banyak kenangan pahit dan manis di bulan yang penuh keberkatan ini seperti yang pernah aku coretkan sebelum ini. Di samping kepelbagaian juadah yang sentiasa menambat selera di Bazaar Ramadhan, rohani juga terisi dengan pelbagai ibadah seperti Tarawikh, Tadarus dan Tazkirah.


Menghampiri Shawal juga tidak terperi keseronokannya. Banyak masa berkualiti dimanfaatkan bersama keluarga tercinta. Amat seronok rasanya mencari dan membeli baju anak-anak serta kelengkapan hari raya. Wajah anak-anak yang ceria dan gembira adalah penawar yang sangat berharga.


Menjelang detik-detik akhir sebelum hari raya wajah insan-insan tersayang dan saudara mara jauh dan dekat sudah terbayang diruang mata. Berkumandangnya lagu raya lebih menambahkan suasana meriah menyambut hari lebaran.


Minda sudah mula membayangkan bertapa mendayu-dayunya takbir raya yang amat meruntun jiwa insan-insan di perantauan. Meninggalkan Ramadhan juga amat sedih rasanya . Selamat tinggal Ramadhan bermakna selamat tinggal kepada rutin sembahyang terawikh yang hanya boleh ditemui sekali dalam setahun.


Amat beruntung bagi mereka yang sentiasa memenuhi malam-malam mereka dengan beribadat kepada tuhan. Yang dicari bukan ganjaran sebaliknya maridatullah atau keredhaan Allah. Rasa lazatnya cinta pada Allah mengatasi segala nikmat yang ada di dunia. Memenuhi sepertiga malam dengan Tahajjud, Tadarrus dan Zikrullah menjadi rutin kekasih Allah.


Walaupun aku tidak mampu melakukan itu semua tetapi aku cukup suka melihat orang-orang yang melakukannya. Mereka asyik dan maksyuk dalam kelazatan mencari cinta Allah. Sesungguhnya mencari cinta seorang kekasih adalah kemuncak atau menifestasi seorang hamba kepada Rabnya.


Seluruh isi semesta ini bertasbih bersama hamba-hamba yang soleh mengingati dan memuji kehebatan Arrahman dan arRahim. Hanya manusia yang hatinya keras memalingkan muka daripada mengingati Rabnya. Sedarlah wahai manuisa yang sombong, angkuh dan bongkak tuhan tidak memerlukan apa-apa daripada hambanya.

Sebaliknya hambanya inilah yang amat-amat dan amat memerlukan kurnia dan nikmat daripada Allah. Semoga kita bakal menjadi tetamu Allah yang paling-paling dan paling teristimewa. Ya allah kautemukan lah lagi untukku Ramadhan yang akan datang.

2 ulasan:

  1. Semoga Ramadhan tahun ini kita harungi dengan lebih baik...

    BalasPadam
  2. Insyaalah cklah..... ada peningkatan dalam semua perkara

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...