Nuffnang

Pengikut

Khamis, 1 Januari 2009

Rock ! Rock ! Rock !

Era rock 80-an telah menjadi kenangan. Lagu kejora, ku kehilangan cinta 3 dimensi, ikrar perwira, heavy chain, tokyo masih menjadi kenanngan terindah. Rock 80-an ada jiwa dan style tersendiri. Bila tengok filem rock mamat khalid memang teringat zaman dulu-dulu. Studio jamming, dari panggung anniversary, konsert-konsert dan filem kembara seniman jalanan cukup membuat kita mengimbau kenangan lalu yang sangat manis.
konsert wing, search dan rusty blade antara yang tak boleh dilupakan memang kow punya. Puas sangat rasanya. Battle of the band dan juara-juara rock banyak melahirkan band-band yang boleh buat live show ngan baik. sensionist tak main la. semua main sendiri. Ramai yang jadi legend seperti amy search, man kidal, allahyarham samad lefthanded dan ramai lagi. suatu kenangan yang tak pernah dilupakan aku pernah jam ngan abu may kat studio di super kinta ipoh. Masa tu May baru menjuarai juara-juara rock, kumpulan febian bandi amuk sekarang tempat kedua. Kalau tak silap jam lagu orang timur syj. Kawan aku yang sorang(sekarang jadi hakim) main drum, yang sorang lagi bass(sekarang dah jadi cikgu) aku macam biasa vokal. abu may lead. wow memang yes. lepas album pertama may terus meletup. Jepun pandang ke barat untuk kemajuan, apa nak jadi dengan malaysia.... antara bait-bait liriknya. Zaman tu memang hapenning. Antara yang selalu aku jumpa kat jam kumpulan TEJA yang hit dengan lagu kau yang tak mengerti. D`Riyadh juga selalu ada di ipoh, memang rock maut dia orang ni. vokalis nya sekarang dah jadi ustaz, ustaz akhil hai. cukup suka menjerit halus je suara dia. kumpulan-kumpulan lain pun bercambah. Apa yang best semuanya boleh main live da sedap. Konsert Rozana search kat indera mulia penuh beb. Masa tu hillary punya solo memang best ditambah hentakan drum bro yazid.Leapas tu wing pulak buat konsert lagu opera hidup deangan drum double paddle black serta vokal awie yang high pitch cukup menghiburkan. Rusty blade pun cukup hebat dengan khalid mobin serta yantzen. Semuanya dah jadi kenangan terindah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...