Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 17 Januari 2009

Program Amal Anak Yatim dan Orang Susah

Program ni dah lama aku fikirkan. Sebagai satu sumbangan kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial kita kepada anak yatim piatu dan orang susah. Buat permulaan aku cadang kita kumpulkan dana mungkin RM 10.00 sebulan syarat minima kalau nak bagi lebih lagi baguih. Sekali setahun kita buat trip ramai-ramai kita pergi ke mana-mana rumah anak-anak yatim atau orang susah dan kita berikan mereka apa yang diperlukan. Sambil-sambil tu kita juga terima mana-mana sponsor luar sama ada dalam bentuk duit, barangan atau perkhidmatan. Yang penting setahun sekali kita menyertai trip tersebut untuk kita sama-sama menyerahkan bantuan tersebut. Kadang-kadang aku terfikir udah le pahala tak berapa banyak. Kalau dapat kita buat program macam ni mana tau dapat lah kita cover mana yang kurang. Semoga sumbangan kita yang kecil diterima tuhan. Aku tebaca antara amalan sunat sempena muharram ialah mengusap kepala anak yatim ganjarannya Allah kurniakan sepohon pokok si syurga. Bayangkanlah dengan kita bersedekah. APA KATA KAWAN-KAWAN SETUJU KE ?????? Kita jangan tunggu orang lain buat, kita yang akan buat dulu nanti ramai yang akan ikut SETUJU KE KAWAN-KAWAN ??????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...