Sejak kecil kedua orang tuaku memang minat berniaga. Macam-macam perniagaan yang dibuat bermula dengan menjual laksa atas basikal semasa ada apa-apa acara di padang awam. Lepas tu jual Tupperware dengan satu beg besar dan naik motor. Aku selalu ditinggalkan dengan opah.Kemudian berniaga kedai runcit. Berniaga kuih, jual rempah, buat belacan, buat mee, buat jeruk, kerepek pisang. Seterusnya emak aku dapat tender kantin kat felda, habis kat felda dapat tender kantin sk trolak lepas tu sekolah abbasiah dan terakhir di SMK Buyong Adil Tapah. Perniagaan yang paling akhir MLM. MLM ni aku pun pulun sama. Kesemua tempat aku pergi. Selama 3 tahun yang betul-betu aktif. Sejak kecil aku pun minat sangat berniaga ni. Pengalaman pertama jual jambu. Memang memberangsangkan kejap je buka meja habis. lepas tu buat kerepek pisang ok jugak.Kemudian bila dah mula masuk sekolah rendah dan menengah semangat berniaga tu tenggelam sikit. Cuma timbul semula masa aku kat Universiti. Orang pergi Universiti belajo aku belajo berniaga. Mula-mula aku banyak jadi penganjur Ekspo buku dan komputer. sekali untung ekspo memang lebat sampai aku boleh hantar duit balik kampung. Lepas tu aku bersama rakan kongsi buka kedai komputer.Mulanya agak lembap. Tetapi bila dapat rakan kongsi yang baru perekambangan amat menggalakkan sehingga ke hari ini kedai tu masih wujud. Cuma share aku dah jual masa aku eksiden dan terus balik kampung. Semasa perkembangan kedai komputer tu lembap peringkat permulaan aku menganjurkan seminat TEKNIK-TEKNIK MENJAWAB SOALAN SECARA BERKESAN PMR,SPM dan STPM. Seminar ni memang meletup disemua tempat kl, negeri sembilan, perak dan johor. Nama aku sering terpangpang di akhbar dan disebut di radio-radio. Aku rasa akulah pengasas seminar semacam ni. Selepas tu aku dapati seminar bentuk macam ni banyak dibuat di sekolah-sekolah. esok aku sambung lagi........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan