Nuffnang

Pengikut

Isnin, 5 Januari 2009

Mee Rebus, Mee Rebus sedapnya


Kalau anda mencari Mee rebus yang sedap di daerah batang padang ada beberapa kedai menawarkan mee rebus yang sedap. Di Sungkai anda boleh merasa mee rebus kamal.Dulu nama kedai nya kedai kamal sekarang tak tau nama apa. terletak di dalam pekan sungkai. Di Pekan Trolak berhadapan pejabat pos terdapat satu warung yang menjual mee rebus yuag kow jugak. Mulanya aku pun tak tau, ada sorang kawan yang bagi tau. Pekan Trolak kecil dan penduduknyapun tak raamai. Pekan ni terletak di antara Sungkai dan Slim River. Mee yang aku paling suka di Slim River kalau singgah kedai tu mesti aku makan mee rebus. Sampai abang yang jual tu dah pun dah tau apa yang aku akan order. Kedainya terletak di belakang arked mara Slim River dan bertentang dengan station bus lama Slim River. Kedainya juga menjual nasi campur. Ada satu kedai lagi yang menjual mee yag sedap bukan mee rebus tetapi mee bandung. Malangnya sekarang tokehnya dah tak nak buat mee bandung tu. aku rindu betul rasa mee bandung memang menjilat jari. Kedainya terletak di kedai majlis daerah tg malim. Berdepan balai polis tanjong malim. Nama kedai itu abdullah kamil. Kalau tokeh tu baca blog aku tolong jual semula mee bandung. Sedap bebeno kak bab. Sebenarnya ada banyak lagi tempat makan yang menarik yang akan ceritakan pada masa akan datang. sekian untuk kali.wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...