Nuffnang

Pengikut

Khamis, 8 Januari 2009

Mengapa aku minat berniaga 2?

aku sambung cerita semalam.... Selepas aku eksiden aku terus balik ke kampugn. Bila dah sihat aku mula berniaga komputer Cyber cafe dan mengajar komputer. Masa tu konsep Cyber Cafe belum berapa meluas. Akhirnya aku terpaksa tutup bisnes tu kerana yang pertama aku mula berjinak dengan MLM yang keduanya ada mak bapak yang datang sound Cyber Cafe yang aku bukak punca anak-anak mereka menghabiskan masa dan melakukan perkara yang tak sepatutnya. Setelah fikir baik buruknya aku tutup Cyber Cafe tu. Selama tiga tahun aku aktif dalam satu syarikat MLM. Syarikat MLM pertama ada masalah aku berhijrah ke syarikat yang kedua. Bintangnya cerah sikt aku boleh dapat hampir RM 5000 sebulan. Akhirnya syarikat ni pun makin suram. Lepas tu macam-macam syarikat yang aku masuk namun hanya menjadi penyumbang. Semangat untuk berjaya terus. Cuba pulak jadi broker mulanya memang kena tipu banyak jugak habis. Apabila dapat rakan yang faham tentang selok belok broker ni baru terang sikit. Dapat sikit-sikit. Bila peralihan kuasa politik berlaku sukar juga nak dapat projek yang ok. Namun usaha tersebut terus berjalan. Akhirnya intipati daripada semua pengalaman menunjukkan apa sahaja bidang yang kita ceburi kita kena buat sendiri belajar dan terus belajar. Sekarang aku sedang berjinak dengan 2 bidang yang boleh mendatangkan pendapatan lumayan. Semuanya masih di peringkat belajar. Dah Success baru boleh cerite....... jumpa lagi ya bro

1 ulasan:

  1. hello.. mmg susah skrg nk berniaga kan byk penipuan dlm bisnes ni.. huhu. tp bagus2 sbb minat berniaga. Sy nk share satu bisnes idea... bisnes yg saudara xkn menyesal. Percyalah...

    amer.
    z4nvi@yahoo.com

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...