Nuffnang

Pengikut

Ahad, 4 Januari 2009

Guru oh Guru

Guru oh Guru

Selamat datang sessi persekolahan 2009, semoga kedatangan sessi persekolahan yang baru memberi kita lebih semangat dan iltizam untuk memajukan anak bangsa. Semoga semua guru di Malaysia bersungguh-sungguh mendidik anak bangsa. Jangan lah mendidik sekadar melepas batuk di tangga. Melabelkan pelajar ini boleh dan pelajar itu tak boleh. terutamanya pelajar-pelajar di kelas hujung ramai cikgu mengelak untuk mengajar mereka. Yang telah mengajar di kelas tersebut mengajar sambil lewa. Seterusnya kita terus menerus menyalahkan pelajar 100%. Sebaliknya selain menjadi guru kita juga berperanan sebagai fasalitator yang sentiasa memikirkan apa cara lagi yang boleh digunakan untuk mendidik anak bangsa. Memikir, mengkaji, membaca dan mencuba pelbagai kaedah yang boleh di apliklasikan untuk mereka. Kasihani mereka dan fikirkan masa depan mereka. Setelah semua usaha digunakan barulah kalau nak mengatakan mereka itu memang tak boleh. Kadang-kadang usaha kita tak sampai 50% tetapi pelajar telah dilabelkan dengan pelbagai simbol. Sebenarnya kepuasan dalam PnP ni boleh dirasa dalam hati yang terdalam sama ada kita sudah mengajar bersungguh-sungguh atau sekadar melepas batuk di tangga. Semua cikgu faham perasaan ini betul tak?. Janganlah asyik mengejar jawatan dan DG-DG sehingga memijak kepala orang lain dan segala yang dilakukan hanya berniat menarik perhatian pentadbir untuk diganjarkan dengan ganjaran tertentu. Bodek-membodek, kipas-mengipas, blower memblower lebih diutamakan daripada meningkatkan mutu PnP anda. Dunia berubah ilmu perlu ditambah, 10 tahun dahulu tak sama seperti sekarang.
Kepada pentadbir sekolah pentingkan apa yang lebih penting, dan dahulukan apa yang patut didahulukan. Buang perkara remeh-temeh dalam pentadbiran. Janganlah hendaknya lebih banyak mesyuarat daripada bertindak. Trend terbaru mesyuarat terlampau banyak di sekolah. Agaknya pentadbir terlampau suka bercakap kadang-kadang merapu je lebih dan dia suka orang dengar cakap dia. Agaknya inilah sikap orang yang dah ada kuasa, yang tak berapa penting pun hendak dimesyuaratkan. Yang boleh diwar war dengan kertas edaran buat kertas edaran. Contohi sekolah Cina tak banyak mesyuarat tetapi keputusan peperiksaannya memberangsangkan. Penilaian dalam memberi ganjaran tertentu kepada guru perlu dinilai kerjanya sedalam-dalamnya.Bukan hanya tengok luaran sahaja sebaliknya lihat mutu kerjanya yang sebenar bukan berdasarkan dengar cakap pemodek-bodek dan juak-juak tak bergaji disekeliling anda. Lagi sekali contohi sekolah Cina anugerah berdasarkan merit bukan berdasarkan emosi dan kerja-kerja plastik. Perhimpunan pagi pelajar cukup seminggu sekali tak payah buat tiap-tiap hari. Hanya membuang masa. Penguatkusaan Disiplin bermula pada hari pertama. Bukannya bulan 4 atau 5 atau apabila sudah berlaku perlanggaran disiplin yang kritikal di sekolah baru lah kuatkuasa disiplin nak dilakukan. Pelajar dah naik lemak masa tu baru nak kuatkuasa displin memang lah susah. Kepada guru-guru masuklah kelas mengikut waktunya. Kerana bila anda terlewat pelajar mula bising, merayau dan bibit masalah disiplin mula timbul. Apatah lagi kalau kelas kelas tak da cikgu pelajar akan mula melakukan aktiviti yang mempunyai potensi untuk timbul masalah displin. Dari hari ke minggu, minggu ke bulan masalah disiplin akan terus menjadi serius dan kritikal. Kalau semua cikgu masuk mengikut waktu menyebabkan pelajar tindak sempat untuk bertindak apa-apa dan masalah disiplin dapat dibendung. Bukannya projek on paper berlambak-lambak, perlaksaanan sekadar lepas batuk ditangga tetapi wal hasil balik asal.Bila ditanya semua beres tetapi hasilnya tidak memberangsangkan akhir murid-murid disalahkan. Minta maaf kepada semua guru kalau tulisan ini menguris hati anda semua. Namun fikir-fikirkan lah.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...