Nuffnang

Pengikut

Ahad, 18 Januari 2009

Alahai!!! Hospital Slim River

Bila disebuat hospital kerajaan kita pasti sudah membayangkan perkara-perkara negatif. Pelbagai kes yang kadang-kadang tak masuk akal berlaku. Tadi dalam buletin utama sepasang suami isteri mendakwa anak nya patah rusuk disebabkan kecuaian pihak hospital. Kesian baby tu baru nak mengenal dunia terpaksa menanggung derita disebabkan kecuaaian yang tak sepatutnya. Sebenarnya cerita sedemikian banyak kedengaran cuma ramai masyarakat tak mahu laporkan umpamanya seorang cikgu yang menderita beberapa bulan kerana doktor yang bertaraf doktor pakar terpotong salur kencing semasa melahirkan anak. Dan banyak lagi kes-kes layanan kasar. Sikap acuh tak acuh melayan pertanyaan pesakit dan waris pesakit. Umpamanya baru ni aku sendiri yang mengantar adik yang di sengat binatang berbisa. Bila di tanya macam nak jawab tak nak jawab. kalau tak tau cakap tak tau senang. Sebenarnya kalau nak diceritakan banyak tapi cukuplah yang tu dulu.Harapan aku berubahlah kakitangan kesihatan. Orang yang sakit harap belas ihsan dan bantuan. bukan minta disindir, diperli, dikata dan dimarah dengan perkataan atau bahasa badan serta mimik muka. Pesakit sekarang bukan bodoh dan menerima semuanya. Kadang-kadang banyak yang kita nak tau. Kepada Penasihat pelawat hospital slim mainkan peranan anda. Jangan harapkan bangga dengan gambar yang terpampang di dinding Hopital..............................

1 ulasan:

  1. Dekat hosp mana tu? Slim river ke? Wad berapa?

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...