Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 24 Julai 2010

Motor terbang


Kalau anda biasa ke Taman Rekreasi Air Panas atau Hot Springs di Sungkai sudah pasti anda terpaksa melalui kawasan perumahan Felda Sg. Klah. Sebelum sampai ke Felda Sg. Klah anda akan melalui kawasan tanaman kelapa sawit yang luas terbentang di kiri dan kanan jalan.


Felda Sg. Klah adalah felda terawal yang terdapat di kawasan Sungkai. Bak kata kawan aku dah ramai ramai generasi awalnya yang bekerja di pejabat tanah (meninggal dunia). Yang tinggal kebanyakannya ialah generasi kedua dan ketiga peneroka.


Kebanyakan generasi ketiganya bersekolah di sekolah aku iaitu SMK. Sg. Kruit. Apabila bercerita tentang panorama Sg. Klah apa yang aku boleh gambarkan banyak rumah di sini yang sama paras dengan jalan dan ada juga yang di bawah paras jalan. Memandu di sini perlu berhati-hati kerana jalannya agak sempit.


Kombinasi antara jalan sempit dan rumah sama paras atau di bawah paras jalan cukup merisaukan aku apabila sesekali memnadu kereta menghantar anak murid aku setelah habis aktiviti sekolah. Tambahan pula sekiranya kita memandu pada waktu malam yang menuntut perhatian 100% dan pandangan mata yang tajam serta daya awareness yang tinggi.


Aku selalu membayangkan apa akan jadi sekiranya ada kereta yang putus brek melalui jalan seperti ini. Sudah pasti kereta tersebut akan menuju ke atap rumah. Itu kalau kereta. Cuba anda bayangkan kalau lori hantu yang mengangkut buah kelapa sawit setiap hari dari ladang ke kilang mengalami keadaan yang sama. Huh ngeri memikirkanya.


Nak dijadikan cerita selepas aku memikirkan kejadian yang belum berlaku itu, tidak berapa lama seorang anak murid aku kaki rempit yang membawa motornya dengan laju dan hilang kawalan melayang daripada jalan utama ke atas atap salah seorang peneroka di sini. Nasib baiklah dia jatuh di atas atap bahagian beranda.


Aku cuba membayangkan apa akan jadi sekiranya sedang pakcik di dalam rumah tu makan tengahhari bersama keluarganya tiba-tiba jatuh motor anak murid aku di atas atap bahagian dapur tempat makan mereka sekeluarga. Lagi sekali anda cuba bayangkan sedang sedap-sedap makan nasi kuah tempoyak tiba-tiba jatuh motor bersama anak murid aku di atas hidangan kegemarannya. Tak ke haru. Yang best lagi anda cuba bayangkan anak murid aku masih berada di atas motornya dalam keadaan senyum.


Mesti pakcik tu tergamam habis ataupun anak murid aku tu teruk di belasah pakcik tu. Selepas kejadian itu jenuh juga bapa anak murid aku membayar ribuan ringgit ganti rugi bagi membaiki bahagian rumah yang rosak. Aku terangsang menulis cerita setelah membaca kejadian kereta menjunam ke atas bumbung rumah di kawasan pinggir gunung di Alassio utara Itali. Setelah memabaca cerita ni serta merta aku teringat kejadian yang berlaku ke atas anak murid aku tidak lama dahulu. Memang ngeri Bro....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...