Seperti biasa setiap tahun aku dan keluarga akan mengunjungi MIHAS yang merupakan pemeran Halal terbesar di negara kita. Di sini kita dapat melihat pelbagai barangan dalam dan luar negara yang dipamerkan.
Penyertaan dari pelbagai negara dari seluruh dunia menjadikan acara ini wajib dikunjungi oleh semua pihak. Kepelbagaian Produk dan perkhidmatan ada dipamerkan di sini. Bukan sahaja produk makanan malahan produk perkhidmatan seperti sistem perbankan islam turut dipamerkan.
Seperti tahun lalu walaupun produknya diklasifikasikan sebagai halal namun agak meragukan juga apabila pengeluarnya bukan di kalangan muslim. Sekiranya diamati pada bungkus produk terdapat sederet kod E yang dikatakan tidak halal untuk dimakan oleh orang Islam.
Dengan adanya logo halal JAKIM menjadi lesen besar kepada mereka untuk mencampur adukkan antara produk yang benar-benar halal dan meragukan. Hendaknya perkara ini perlu dipandang serius oleh pihak kerajaan.
.Namun aku tetap berasa bangga juga apabila banyak juga syarikat milik bumiputera muslim yang bertaraf konglomerat mempamerkn produk mereka seperti Beras Faeza dan HalaGel. Ini akan menyemarakkan lagi industri halal yang benar-benar halal dan lagi suci ataupun Halalan Thoyiba Aku tertarik dengan moto HPA "Produk Halal Tanggungjawab bersama". Sepatutnya konsumer muslim dan kerajaan bertanggungjawab bagi memastikan produk yang benar-benar halalan thoyiba yang diberikan Logo Halal JAKIM. Sesuai dengan moto di atas kita wajib memastikan yang hanya produk yang Halal masuk ke dalam perut kita dan seluruh keluarga muslim.

Namun pada tahun ini tiada gerai yang benar-benar menarik perhatian aku. Semuanya lebih kurang sama seperti tahun lalu. Kemeriahannya juga agak kurang terasa berbanding tahun lalu. Jumlah pengunjung juga rasanya agak kurang berbanding tahun lalu.
Seperti tahun lalu walaupun produknya diklasifikasikan sebagai halal namun agak meragukan juga apabila pengeluarnya bukan di kalangan muslim. Sekiranya diamati pada bungkus produk terdapat sederet kod E yang dikatakan tidak halal untuk dimakan oleh orang Islam.
Dengan adanya logo halal JAKIM menjadi lesen besar kepada mereka untuk mencampur adukkan antara produk yang benar-benar halal dan meragukan. Hendaknya perkara ini perlu dipandang serius oleh pihak kerajaan.
.Namun aku tetap berasa bangga juga apabila banyak juga syarikat milik bumiputera muslim yang bertaraf konglomerat mempamerkn produk mereka seperti Beras Faeza dan HalaGel. Ini akan menyemarakkan lagi industri halal yang benar-benar halal dan lagi suci ataupun Halalan Thoyiba Aku tertarik dengan moto HPA "Produk Halal Tanggungjawab bersama". Sepatutnya konsumer muslim dan kerajaan bertanggungjawab bagi memastikan produk yang benar-benar halalan thoyiba yang diberikan Logo Halal JAKIM. Sesuai dengan moto di atas kita wajib memastikan yang hanya produk yang Halal masuk ke dalam perut kita dan seluruh keluarga muslim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan