Esq 165 adalah sebuah program yang mengajak kita berfikir kembali tentang tujuan kita hidup. Ia juga mengingatkan kita tentang perjanjian yang telah kita meterai dengan Allah sebelum kita dilahirkan ke dunia. Pada akhirnya kita disedarkan ke mana pengakhiran kehidupan kita setelah hidup di dunia.
Segala-galanya menuju kepada fitrah Allah. Tujuan utama kita dilahirkan ke dunia tidak lain tidak bukan ialah mengabdikan diri kepada Allah. Kita sebagai hamba mestilah memperlakukan diri kita selayaknya seperti seorang hamba. Sesungguhnya rahmat dan kasih sayang Allah itu amat melimpah ruah.
Apabila tiba bab kasih-sayang Allah ni yang aku tak boleh tahan. Kali pertama aku dapat merasa bertapa Allah itu amat kasih dan sayang kepada hambanya ini yang banyak melakukan kesalahan, melanggar peraturan dan sering melupakannya sebagai Sang Pencipta Maha Agung.
Rasa kasih sayang Allah itu meresap jauh ke lubuk jiwa yang terdalam dan aku berterima kasih kepadaNya kerana telah mendorong aku menghadirkan diri ke program ini. Mungkin inilah jalan untukNya menyedarkan aku bahawa selama ini aku amat jauh dengan fitrahnya. Aku cuba membayangkan apa akan berlaku kepada diri ini seandainya dijemput olehnya dalam keadaan diri yang masih belum beredia dan bergelumang dengan dosa-dosa. Ini yang menyebabkan Air mata mencurah-curah dan menderu-deru.
Buat pertama kali terbit rasa kasih dan sayang kepada Sang pencipta dengan sebenar-benar kasih dan sebenar-benar sayang. Kalau sebelum ini hanya mulut melafazkannya sedangkan hati tidak selaras dengan apa yang dilafazkan. Apabila Dr. Ary menyebut tentang kasih sayang kepada Nabi Muhammad. Sekali lagi hati ini benar-benar tersentuh apabila melihat Kaabah Baitullah.
Sebelum ini apabila melihat Kaabah hati tak terasa apa-apa. Sekadar melihat dengan pandangan biasa. Malahan di dalam hati ini belum terniat untuk mengunjung dan menjadi tetamu di rumah Allah ini. Tetapi apabila ditayangkan di skrin tentang Kaabah dan pergerakan manusia bertawaf pada ketika itu juga rasa seperti hendak terbang ke sana. Terasa jasad ini ingin sujud di hadapan Kaabah memohon keampunan yang bersungguh-sungguh daripada Sang pencipta.
Rasa sayang kepada manusia agung Nabi Muhammad begitu meluap-luap. Kalau sebelum ini nama Nabi Muhammad sekadar dibaca tanpa ada rasa apa-apa. Kisahnya dibaca tetapi tidak meninggalkan kesan di hati. Tetapi pada kali ini sekali lagi aku begitu sebak, tak sedar air mata tumpah menitis membasahi pipi. Hilang semua perasaan malu dan segan kepada rakan disebelah kerana rata-rata semua peserta tertunduk menginsafi kesalahan yang pernah dilakukan.
Ada juga peserta yang sujud syukur. Ada peserta yang menangis teresak-esak, meraung dan berulang kali melafazkan keampunan dan kemaafan darpada Ya Rahman. Mulanya rasa sebak ini sengaja aku tahan kerana kerasnya hati ini. Namun akhirnya segalanya tidak mampu ditahan lagi apabila hati ini amat tersentuh tetang kasih sayang Allah dan rasa sebak melihat Baitullah.
Antara perkara yang sangat menggerunkan aku apabila skrin menayangkan sekujur jenazah di usung ke tanah perkuburan. Setelah dimasukkan ke dalam liang lahad, kubur tersebut dikambus. Setelah urusan pengebumian selesai semua orang pulang. Yang tinggal hanyalah pusara sepi dan didalamnya tinggallah sekujur tubuh yang kaku seorang diri yang bakal menghitung untung nasibnya seorang diri. Baik amalanya maka kubur akan menajdi pintu ke syurga. Buruk amalanya maka kubur akan menjadi pintu neraka dan menerima azab yang amat pedih.
Disnilah aku membayangkan bagaimana sekiranya aku ditempat jenazah tersebut. Tanpa ada persediaan, tanpa ada amal yang banyak, tanpa rahmat Allah dan kasih sayang Nabi nescaya azablah hukumannya. Anak-anak yang selama ini menjadi penghibur hati ditinggalakan di pintu kubur. Isteri tersayang yang saban malam berada disebelah ketika tidur kini tiada lagi.
Yang ada di kiri, kanan dan atas hanyalah tanah. Hanyalah Tanah........ Tiada lagi teman untuk berbicara. Yang ada hanyalah kesunyian....kesunyian dan kesunyian.... . Yang ada hanyalah kegelapan.... kegelapan... dan kegelapan....... . Takut, seram, mengerikan, berdebar-debar dan jantung berdegup laju memikirkan perkara tersebut. Mampukah aku menghadapinya. Balik ke bilik hotel pada petang itu aku terus termenung dan apabila disapa oleh orang rumah aku tersesak-esak menangis.
Kali pertama hati manusia yang bongkak,sombong dan amat keras ini menangis di hadapan orang rumah. Dia agak aku yang kehairanan memandangkan tidak pernah sebelum ini aku menangis di depannya. Aku tidak mampu berkata-kata hanya tangisan yang menyelubungi bilik hotel pada waktu maghrib yang amat syahdu.....
Salam 165...
BalasPadamAnjang..
Kita rasa "RASA" yg sama..
penghayatan yg membuatkan hati bergetar, jiwa meraung, air mata laju pabila ayat Allah dibacakan, apabila selawat nabi dituturkan.. diri ingin melutut sujud mohon pengampunan dari Ya Rabb..
Hanya pengampunan, keberkatan dan keredhaan Allah yg amat diharapkan..
Ingin sekali menjadi penghuni syurga-Nya.. membatasi keinginan mengecapi kemewahan dunia yg hanya sementara ini!!..
Allahu Akhbar..
Semoga hidayah Allah sentiasa menerangi jalan hidup kita semua... amiin..
(go to the next stage.. MCB).
Terima kasih KAK TINY.
BalasPadamRASA yang datang dengan sendiri dan bukan dibuat-buat. Meresap ke kalbu yang terdalam. Betapa angkuhnya, bongkak dan sombongnya manusia yang saban hari menghirup semua nikmatnya tetapi sering melupakannya dan mengingkari arahannya.
Saya juga memikirkannya bertapa mudahnya tuhan hendak mengambil kita pada bila-bila masa.
Insyallah my next mission MCB