Selepas meronda satu pekan selasa, badan ini terasa amat letih. Rupa-rupanya hampir 4 jam aku dan keluarga menghabiskan masa di Pekan Selasa. Oleh kerana kaki mula lenguh aku mengambil keputusan untuk menunggu orang rumah aku di dalam kereta memandangkan orang rumah aku masih nak bershopping lagi.
Sedang aku berehat di dalam kereta yang mengadap ke sebuah kedai makan, aku ternampak seorang makcik tua sedang menghirup kuah laksanya dengan begitu bersemangat. Serta-merta fikiran aku melayang mengingatkan arwah emak aku. Kalau arwah emak aku masih hidup mungkin sebaya dengan makcik tua tersebut.
Yang menyebabkan aku teringatkan arwah emak aku ialah apabila melihat cara makcik tua tersebut menghirup kuah laksa tersebut. Macam arwah emak aku. Setiap kali aku makan di kedai bersamanya begitulah caranya menghirup makanan yang berkuah seperti laksa dan sup.
Laksa memang antara makanan kegemaran arwah emak. Itulah sebab setiap kali aku makan laksa aku akan terkenangkan cara arwah emak aku menghirup kuah laksa. Mengenangkan perkara tersebut menyebabkan tak sedar air mata bergenang. Perasaan ini muncul mungkin kerana rasa bersalah yang amat sangat kerana banyak harapan dan keinginan arwah ibu yang tak mampu aku penuhi ketika itu.
Andai kata boleh ditebus masa dan boleh diputar masa lalu memang sesungguhnya ingin aku penuhi semua kehendak dan harapan ibu. Pesanan ibu masih terngiang-ngiang di telinga aku yang mahukan aku menjadi anak yang baik dan menjaga akhlak. Namun kadang-kadang harapan besar ibu tak mampu aku penuhi. Ada masanya tindak-tanduk aku amat mengguris hatinya secara sedar ataupun tidak sedar. Ada kalanya aku memang menyedari kesalahan tersebut tetapi tetap dilakukan juga...
Apabila ibu terlantar sakit kerana stroke dan terus tidak boleh bercakap pada ketika itulah baru aku menyedari dan marasai betapa aku amat merindui dan memerlukan kata-kata keramat dan sentuhan jiwa seorang ibu. Namun segala-galanya berlaku dalam sekelip mata. Pada ketika itu barulah aku faham dan mengerti apa makna rindu saat-saat manis bersembang mesra dengan ibu. Aku baru faham dan mengerti serta menyedari tentang betapa berharganya kata-kata nasihat dan peringatan seorang ibu. Pada ketika itu juga aku baru memahami betapa tingginya nilai hilai-tawa dan kasih sayang seorang ibu.
Sroke meragut kebahagian dan keceriaan kami sekeluarga. Kalau dahulu ada ketikanya aku akan membawa arwah ibu menaiki kereta bersama aku untuk ke pekan berhampiran. Pada ketika itu nampak riak wajahnya amat gembiran. Kalau dulu kepada ibulah tempat aku meminta nasihat dan pandangan setiap kali aku menghadapi masalah . Kalau dulu ibulah orang yang akan menasihatkan aku dengan nada lembut setiap kali aku tersasar dari landasan yang sepatutnya.
Kebetulan Dia diserang stroke pada bukan puasa. Ini mengingatkan aku semasa sihatnya setiap kali Ramadhan dia orang yang paling sibuk dan bersusah payah menyediakan juadah yang menjadi kesukaan aku ketika bersahur dan berbuka. Walaupun penat, letih dan sibuk seboleh mungkin dia akan memastikan semua ahli keluarga dipenuhi kehendak dan keinginanya.
Tatkala dia tak mampu bergerak dan berkata-kata akibat serangan stoke tibalah giliran aku pula untuk mencari juadah kesukaannya ketika berbuka puasa. Antaranya Puding Karamel yang dijual di pasar Ramadhan di Medan Gopeng Ipoh. Aku sanggup memandu sejauh lebih 110 km dari sungkai ke Ipoh semata-mata untuk membeli puding karamel kesukaannya.
Apalah sangat dengan memandu sejauh 100km berbanding jasa dan pengorbanannya kepada aku. Kadang-kadang air mata ini mencurah-curah setiap kali aku menyuapkannya dengan makanan kegemarannya disebabkan sebelah badangan tidak berdaya. setiap kali menyuapkannya aku teringat semasa aku kecil-kecil bagaiman tangan ibu menyuapakan nasi ke mulut aku .Kini semuanya lenyap dan sirna apabila tidak lama selepas itu ibu menyahut seruan ilahi. .. cukup lah setakat ini aku tak mamapu nak meneruskan tulisan ini kerana hati ini begitu sebak sekali...
sedihnya baca entri nie.. nangis I.. kebetulan mak saya pun dalam perjalanan pulang ke malaysia selepas 3 mggu bersama saya kat sini.. huhu..
BalasPadamiina
BalasPadamBestnya masih ada ibu, selalu saya tulis apabila kehilangan ibu terasa diri ibarat buih-buih halus yang terus hanyut ke muara sungai. semakin jauh-jauh dan jauh, sayup-sayup dan terus hilang dari pandangan.
Saya sendiri terasa sebak sangat apabila menulisnya. Entah macam mana hati ini begitu mengingatinya semalam......
al-fatehah utk arwah ibumu, anjang
BalasPadam