Nuffnang

Pengikut

Ahad, 4 Julai 2010

PESTA BUKU NEGERI SELANGOR 2010

Pada hari ahad lepas selepas menghadiri pelancaran Produk terbaru Worldwellness Air Buluh di Shah Alam Convention Centre aku terus ke Komplek PKNS yang terletak di seberang jalan SACC untuk melihat pesta buku negeri Selangor 2010.

Suasananya meriah dengan penyertaan pelbagai syarikat buku gergasi di negara kita. Antara genre buku yang mendapat sambutan hangat ialah novel remaja. Antara booth yang dikunjungi ramai pengunjung ialah Booth PTS yang menampilkan banyak buku besr seller.

Antara buku bestseller ialah Buku Travelog Haji karangan Muhd Kamil Ibrahim yang terus mencatat jualan yang memberangsangkan. Peminat buku atau ulat buku sememangnya amat teruja dengan suasana ini yang amat menyeronok dan melekakan. Aku sendiri tak sedar hampir 2 jam masa yang aku habiskan membelek pelbagai jenis buku baru dan lama.

Sedang berjalan dari satu booth ke satu booth aku ternampak booth Media Al-Syabab. Terimbau kenangan lama ketika zaman aku menjadi penganjur Pesta Buku UKM. Syarikat ni sering menyertai pesta buku yang aku anjurkan. Paling kurang pun dia akan menempah enam lot tapak unutk pesta buku. Jualan syarikat ini memang selalunya bagus.

Setiap kali aku menganjurkan pesta buku Taukeh syarikat ni (namanya aku dah lupa) akan menghadiahkan aku 3 naskhah buku. Namun ada juga syarikat yang tidak membayar sewa tapak dengan pelbagai alasan yang diberikan sedangkan jualannya rancak dan memberangsangkan.


Antara tujuan aku ke Pesta Buku Negeri Selangor 2010 ialah untuk mencari buku Teknik Memori Smart Study karangan Osman Affan. Setelah tiba di booth PTS aku meninjau-ninjau dari rak ke rak untuk mencari buku tersebut. Tiba-tiba terpandang buku berwarna kuning dan gambar seorang lelaki sedang mengangkat tangan. Ya Sah ini lah buku yang aku cari. Puas betul rasanya.

Selepas itu aku mula meninjau ke lain-lain booth untuk mencari lain-lain buku yang mungkin menarik minat aku. akhirnya aku singgah di sebuah booth dan tertarik dengan sebuah buku yang bertajuk Dajjal sudah muncul dari khurasan. agak menarik kerana ada gambar Sai Baba di dalamnya. Persoalan mula timbul apa kaitan Sai Baba dengan Dajjal.Tepat pukul 6.30 aku beredar dari Kompleks PKNS untuk bergerak semula ke SACC untuk mengambil kereta. Kemudian Singgah di hentian rehat jejantas Sg. Buloh untuk solat maghrib dan makan-makan. Selepas itu terus bergerak ke Rumah ku Syurga ku dengan badan yang keletihan amat sangat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...