Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 17 Julai 2010

Padi menguning vs nyiur melambai-lambai


Setiap kali menyampaikan cermah motivasi dan teknik belajar aku cukup suka menggunakan teknik ini. Teknik ini sangat berkesan dalam mewujudkan rasa empati perasaan pelajar ke arah perubahan diri yang lebih baik.


Terutamanya apabila aku menyentuh tentang bab memecahkan halangan minda. Halangan minda yang ketiga ialah derhaka kepada ibu bapa. Selagi hubungan pelajar dengan ibu bapa tidak baik maka tak usah harap untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Terutamanya restu ibu, restunya adalah sumber keramat dalam menentukan kejayaan pelajar.


Kata-kata ibu sangat mustajab. Beruntunglah mereka yang masih mempunyai ibu. Inilah antara rahmat tersbesar yang dukurniakan oleh Tuhan kepada hambanya. Apabila tiba bab ini aku akan meminta pelajar memejamkan mata. Membayangkan ibu mereka seolah-olah berada dihadapan mereka. Renung wajahnya, renung matanya, renung kedut-kedut tua dimukanya.


Betapa tangan yang dulu halus mulus kini menjadi kasar demi mengenyangkan perut anak-anak. Betapa ibu yang dahulunya berambut hitam kini rambutnya memutih. Betapa ibu yang dahulunya kuat tenaganya kini sudah lemah tidak berdaya. Lihat tangannya dengan tangan itulah kamu didukung, digendong tak kala kamu menangis tiada henti-henti. Dengan penuh kasih sayang ibu bersengkang mata menyusukan dirimu yang sentiasa kelaparan.


Tatkala orang lain diulit mimpi ibulah peneman setia yang berusaha dan terus berusaha mendodoikan kamu. Sebenarnya kalau nak disambung banyak lagi. Kadang-kadang semasa aktiviti persatuan pun aku menggunakan kaedah ini.


Ketika melatih pelajar koir tadi sekali lagi aku minta pelajar memejamkan mata untuk menghafal lirik lagu Perak. Antara bait liriknya. Lihat padi menguning, menambah seri daerah kerian, dihilir perak nyiur melambai-lambai, oh sungguh subur tanah airku.


Bagi membantu mereka mengingat dengan lebih jelas tentang lirik tersebut aku minta pelajar memejamkan mata sambil membayangkan padi yang menguning dan nyiur yang melambai. Permulaannya semua ok. Namun apabila aku bertanya kepada pelajar sama ada mereka nampak atau tidak padi menguning dan nyiur melambai. Semuanya menyahut nampak. tiba-tiba seorang pelajar india berkata "Cikgu aku dah pejam tapi tak nampak apa-apa. gelap je".


Rasa nak pecah perut aku gelak. Pelajar-pelajar lain pun turut ketawa tak henti-henti. Kome tau mengapa dia tak nampak?. Sebabnya dia hanya pejam dan tidak membayangkan. Memang le yang nampak hanya gelap. Sorang lagi pelajar india ni pun boleh tahan kelakarnya . Dia ni daripada kelas hujung. Aku suruh dia menyanyi secara solo rangkap pertama.


Baris pertama dah Fail. Lirik yang sepatutnya Perak Darul Ridzuan sudah tukar jadi Datuk Ridzuan. Dengan penuh konfiden dan bersungguh-sungguh serta dengan suara yang lantang dia mengalunkan Perak Datuk Ridzuan sekuat-kuatnya. Kome pun boleh bayangkan apa jadi selepas itu kan. Indahkan dunia sekolah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...