Nuffnang

Pengikut

Khamis, 9 Julai 2009

Sayur Marah




Minggu lepas aku ke pasar minggu di pekan sungkai untuk kali kedua dalam tahun ni. Aku memang agak jarang ke pekan minggu atau pasar malam. Kadang-kadang kalau pergi pasar malam pun aku tunggu dalam kereta.

Seperti biasa sebelum membeli belah di pasar minggu Sungkai aku akan bawa anak-anak aku bersarapan di warung favourite mereka Nasi Lemak Shariff Lobo. Hari-hari biasa dia berniaga berhampiran Stesyen Minyak Petronas Sungkai. Hari ahad dia akan berniaga di pekan minggu Sungkai.

Selain nasi lemak Jamil yang famous tu (kat stesen bas mengundur sungkai), Nasik lemak Shariff Lobo pun memang kow juga. Kebetulan hari tu ada satu family datang dari Kuala Lumpur semata-mata nak makan nasi lemak Jamil tapi kedainya tak bukak.

Maka mereka sekeluarga pun singgah di nasik lemak Shariff Lobo. Aku tengok licin juga deme makan. Selepas bersarapan aku pun bersiap sedia untuk membeli belah barang keperluan rumah untuk seminggu. Cara ni lebih jimat jika dibandingkan beli runcit-runcit.

Semasa aku lalu kat orang jual sayur tu dari jauh aku dengar "Sayur, Sayur" "Marah, marah" "sayur, sayur" "marah,marah". Aik pelik pulak bunyi nya. Kalau macam tu takut le orang nak beli sayur takut kena marah.

Semakin lama semakin hampir ngan suara tu. Dan aku nampak seorang perempuan India separuh umur dengan begitu confident serta mempunyai daya keyakinan yang tinggi sedang melaungkan "Sayur,Sayur" "Marah, Marah". Memang sah le salah sebutannya. Apa pun inilah ragam dan warna-warni masyarakat Malaysia yang berbilang kaum yang berkongsi kemakmuran dan kemewahan bumi bertuah ini. Ariyos......

7 ulasan:

  1. Sherif Lobo @ Hj Yusof Md Nor dan Jamil Abd Rahman adalah sepupu...nasi lemak sedap tu mungkin resepi opah kami dulu...agaknya ler...kirim salam cikgu Razak Khalid kata Pak Uda dari KB Kelantan

    BalasPadam
  2. ok bereh pak uda. oh gitu ceritanya.

    BalasPadam
  3. pak uda ada cerita-cerita lama tentang sungkai email pada saya nasriabidin@yahoo.com,
    Saya tengah cari gambar lama panggunng wayang dan hospital sg kruit

    BalasPadam
  4. Pak Uda masa kecik aje duk Sungkai...Usia remaja habis di Ipoh..sekolah di SIS Ipoh ,lepas tu tak habis form 6 Atas..terus kerja di Kota Bharu Kelantan..selama 11 tahun.sangkut mek Kelantan ...Pastu merantau @ menetap di selangor selama 23 tahun...Tahun 2008 berhijrah balik ke KB...Nak gambar @ foto Sungkai kena lah korek album lama...Cuba tanya Hj Sheriff Lobo ..arwah abang nya dulu tahun 50an dah ada hobi fotografi...mungkin dia ada foto lama pekan Sungkai...

    BalasPadam
  5. thanks Pak Uda Lots of info, nanti saya jumpa ngan sherif lobo

    BalasPadam
  6. Pak Uda ni...sebenarnya banyak bahan nak tulis tentang Sungkai...Pernah dengar tak cerita Putri Buih.? Ada sejarah Kesultanan di Sungkai ..terutama di Tiang Bertarah..Kenapa Sultan Sultan Perak tak boleh jejak kaki dan minum air Sungai Sungkai....cuba korek dengan orang (lama) Sungkai asli (Bukan orang asli Sungkai...he ..he..)..Ayah Pak Uda dah meninggal.. Kalau tidak senang buat rujukan.....

    BalasPadam
  7. tadi baru saya sembang ngan pak ghaffar ketua kampung AATin dan Pak Reddy ketua kampung klah baru. Ada juga dia sentuh pasal putri buih. Nanti saya korek lagi cerita dengan orang lama-lama sungkai.

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...