Hari ini agak lewat aku sampai ke masjid untuk sembahyang jumaat. Maka jawabnya duduk di belakang la. Biasanya di dinding masjid hanya ada satu ke dua tongkat. Tapi hari ini aku tengok semakin banyak jumlah tongkat dan pelbagai jenis. Pakcik-pakcik yang sembahyang atas bangku pun semakin ramai. Yang sembahyang duduk pun ramai jugak.
Bila melihat keadaan itu aku baru terasa betapa cepatnya masa berlalu. Pakcik-pakcik yang dulunya segak,tampan dan bergaya sudah hilang daya dan tenaga. Kalau dulu kudrat mereka cukup kuat mengait buah kelapa sawit sepuluh ekar, kini beransur lemah. Segala-galanya telah banyak yang berubah. Kalau dulu ada yang jambulnya pelbagai rupa, kini sudah tiada lagi.
Teringat aku seorang penceramah agama pernah berkata. Beza antara orang tua dan orang muda. Orang muda itu kuat tenaganya, manakala orang tua itu semakin lemah kudratnya. Orang muda itu kuat ingatannya sementara orang tua itu semakin lemah ingatannya. Kalau nak menuntut ilmu pulun lah masa muda. Kalau masa tua lebih banyak perkara yang dilupa daripada yang diingat.
Bebalik kepada cerita pakcik-pakcik tu tadi. Di tempat aku rasanya hampir setengah pakcik-pakcik yang aku kenal dah tak de (pulang ke rahmatullah). Dalam tahun ni sahaja aku kehilangan ramai pakcik-pakcik yang agak rapat dan baik ngan aku. Antaranya Pakcik Ramli, Pak Cik Usup dan Pak Cik Saidin.
Yang dah tak berdaya pula semakin ramai bilangannya. Buktinya tongkat-tongkat yang tergantung di dinding masjid. Namun aku amat bersyukur kepada tuhan kerana ayah aku masih gagah menongkah arus masa. Tiada dihinggapi sebarang penyakit dan masih boleh mengait kelapa sawit. Matanya masih terang dan ingatannya masih kuat.
Mungkin kerana amalannya daripada muda banyak mengeluarkan peluh dan kuat bekerja. Ini lah antara amalanya yang tak dapat aku tiru dan contohi namun aku berusaha ke arah itu. Aku juga mewarisi tabiatnya yang tidak merokok. Pernah banyak kali aku cuba merokok, namun aku tak ada rasa nikmat pada rokok.
Semoga pakcik-pakcik yang aku coretkan dalam cerita aku terus dikurniakan kesihatan yang baik. Yang dah kembali kepada RabbulJalil semoga rohnya aman dan damai di samping pencipta agung yang Maha Esa. Aminnnnnn....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan