Gambar 9:Telaga Belakang Stesen Bas Mengundur Sungkai dah tak de. Yang ada hanya semak-samun
Kalau dulu-dulu apabila di sebut Sungkai ramai orang yang tak tau. Soalan yang selalu ditanya Sungkai tu kat mana?. Aku memang biasa kena tanya soalan macam tu. Ibarat macam Malaysia lah satu ketika dulu. Orang lebih kenal Singapura daripada Malaysia.
Dengan adanya exit Sungkai di lebuhraya PLUS ditambah dengan kewujudan Hot Spring nama sungkai makin mekar dan dikenali umum. Walau pun aku bukan anak jati Sungkai tetapi aku tetap berbangga dengan hometown aku.
Celik-celik mata je di dunia ni Sungkai lah yang mula aku kenal. Masa kecik-kecik dulu dalam pemikiran aku Sungkai lah bandar yang hebat dan segala yang diperlukan ada di situ. Aku mula pandai naik bas juga di Sungkai. Hari yang ditunggu-tunggu ialah hari jumaat sebab ada pekan minggu (Sekarang hari Ahad). Macam-macam jenis barang ada dijual dan pengunjungnya pun ramai. Memang Happening. Kadang-kadang pening pun ada.
Kalau nak ke Bidor atau ke Tapah, Sungkai lah tempat permulaannya. Basnya Bas Hup Yik.Bas Hup Yik seolah-olah sinonim dengan Sungkai. Kedai Cina Kepala Besar belakang stesen bas pun amat sinonim dengan stesen bas mengundur. Malangnya telaga belakang stesen bas dah tak de lagi. Yang ada hanya semak dan samun.
Bas Mogah pun dah tak berapa nampak. Selepas member aku Zul Amri meletak jawatan sebagai pengurus Syarikat Bas Mogah aku dah tak tau apa sebenarnya nasib Bas Mogah. Kalau dulu Bas Mogah lah kenderaan utama masyarakat felda dan penduduk persekitaran untuk ke pekan Sungkai.
Deretan kedai berhampiran stesen Bas mengundur Sungkai pun dah hangus dijilat api. Tinggallah kedai Nasi Lemak Jamil yang masih gah berdiri di situ. Apa pun aku harap wakil rakyat tempat aku cari lah idea membangunkan Sungkai kerana Sungkai mempunyai banyak potensi terutamanya dari sudut agro tourisme.
Salam Anjang...Ada satu miker tinggal...Balai Polis lama...depan RHB Bank tu dan Balai Polis baru....
BalasPadammemang nak aku nak tulis tentang itu, gambar aku dah tangkap cuma tunggu.....
BalasPadamsalam bro anjang,
BalasPadamnak mintak izin nak copy gambor2 pekan sungkai ngan bas nye skali. kenangan betui ler.... :(
Silakan bro tiada apa-apa halangan
BalasPadamtrima ksh lah kmbalikn knangn aku d sungkai,dh 18thn aku x ksane..pindah.tp dulu dn skrng mcm x bnyak brubh kn..
BalasPadamsekarang ada kat mana bro?... Ya memang tak banyak berubah, tetapi dengan projek kementerian pertahanan bernilai 10b rasanya sungkaiakan berubah wajah.... Sungkai tetap di hati
BalasPadam