Nuffnang

Pengikut

Rabu, 12 Mei 2010

Perampas Suami Orang


Seperti biasa drama yang disiarkan di TV banyak menyiarkan tentang konflik masyarakat yang tiada kesudahan. Kisah putus cinta, derhaka kepada ibu bapa, cerai-berai, kembali ke pangkal jalan dan cerita tentang perampas suami orang.


Bab tentang perampas suami orang ni yang amat menarik minat aku. Aku pun dah lupa macam mana aku boleh dapat cerita ni. Seperti biasa juga setiap kali apa sahaja cerita drama ditayangkan di TV pasti seluruh anggota keluarga akan terpaku di hadapan tv dengan penuh kosentrasi sambil memberi pelbagai ulasan. Kalau tiba bab sedih ada yang mengalirkan air mata. Aku pun kadang-kadang tak sedar air mata mengalir apabila melihat babak sedih.


Berkatalah si adik kepada abang dalam lingkungan umur 9 tahun. "Abang takutkan kalau ayah kita kena rampas dengan orang lain". Spontan terpacul kalimat tersebut keluar dari mulut adiknya. Kebetulan drama hari itu memaparkan kisah seorang perempuan yang menjadi perampas suami orang. Keluarga menjadi porak peranda. anak-nak terbiar dan keluarga menjadi kacau-bilau.


Adiknya terus mengeluarkan pelbagai pendapat apa yang akan terjadi sekiranya ayah mereka dirampas orang. Gusar, takut dan gelisah nampaknya si adik. Takut betul ayahnya dirampas orang lain seperti dalam drama. Takut dia juga akan menrima nasib yang sama seprti anak-anak yang terbiar dalam drama tersebut.


Si abang (umur 10 tahun) yang sedari tadi hanya mendengar ngomelan adiknya tiba-tiba berkata dalam nada yang penuh konfiden untuk menenangkan kegelisahan dan keresahan si adik. "Adik, adik jangan risau tak de siapa yang hendak rampas ayah kita, ayah kita tu kan hitam, botak dan tak handsome sangat".


Emaknya yang mendengar kenyataan tersebut tersenyum mungkin atas dua sebab. 1. Mungkin berasa lega tak de orang yang hendak merampas suaminya atau 2. Rupa-rupanya anaknya juga memikirkan tentang persoalan yang biasa dihadapi dalam dunia orang dewasa ataupun mereka juga ada rasa kegusaran bagaimana sekiranya ayah mereka dirampas orang lain.


Bestkan dunia anak-anak. Kadang-kadang tak terjangkau akal fikiran kita tantang apa yang mereka bayangkan.

7 ulasan:

  1. hehehe.....bijak anak tuan anjang.

    BalasPadam
  2. anjang..
    ayat abang tuh buat saya nk guling2 gelak..
    bagus gak kalau alasan tu buleh jadi penyebab utk rumahtangga anjang tak porak peranda gara2 dirampas org ketiga.. alhamdulillah.. hihihi..

    BalasPadam
  3. Heh...heh.. Bro. Anjang. Ini mengingatkn sya pd ank buah sya b'umr 4 thn (pompuan)b'tnya alongnya 10 thn. Abg...nape pompuan tu gaduh2 ek? Die nk rbt lelaki tu eh... (tgh tonton drama Mlayu-lupa plak tjuknyer)Along kta: Pompuan x pki tdg tu amik laki pompuan pki tdg tu lah... tu pon x tau ke!! Tetiba dia tnya uminyer plak : Umi...ade x org gaduh ngan umi psl rbt abh? Umi: X de...nape? Adik: X la... citer tu, p/cik tu hensem kne rebut... abh hensem nape x de pompuan rebut? Along : Abh hensem kerr... Adik: Hensem...tp...adik tau nape... sbb abh boroi!!! Sya yg dok dgr nk glk pon ade...Abh mreka dgr tpk dahi sengeh2 cm krg bsuk......

    BalasPadam
  4. Merbawi
    saya nak betulkan ini bukan cerita saya, cerita ini diceritakan pada saya, cuma saya dah lupa penceritanya siapa

    kaktiny
    mungkin satu kaedah baru untuk mengelakkan suami dirampas. cari yang botak, hitam dan tak berapa handsome hidup lebih aman dan ceria. kena bagi tau dato fadzilah kamsah ni

    mamakmuda
    berayor mata aku baca cerita engko ni. rasa nak pecah perut

    iqbalsyarie
    indahnya dunia kanak-kanak

    BalasPadam
  5. bila anak tanya, "abah nak ke mana?" Sentiasa aku jawab, "pegi mengorat la..." dan mmg itu yg aku lakukan!!!

    BalasPadam
  6. ha ha demo la yang memberi jawapan paling ikhlas yi...Selamat datang berkunjung ke blog aku yi,

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...