Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 8 Mei 2010

Rindunya aku pada arwah ibu


Mengharungi Ramadhan Al-Mubarak tanpa seorang insan yang bernama ibu amat sukar rasanya. Rasa kehilangan yang amat sangat terpendam dalam lubuk hati yang amat dalam. Suara hati ini seakan-akan ingin menjerit meminta agar saat-saat manis bersama ibu kembali walau hanya untuk seketika.

Kalau dulu setiap kali Ramadhan pasti ibu akan menyajikan juadah kesukaan aku. Kadang-kadanng aku minta ibu untuk membuat makanan kegemaran aku. Puas rasanya dapat rasa air tangan ibu. Ibu juga puas melihat anaknya makan juadah kegemarnnya.

Menjelang detik-detik menyambut lebaran ibu sibuk menbuat aneka kuih dan biskut. Aku selalu menolongnya untuk membakar dan menguli serta menyedikan bahan asas sama ada kuih atau biskut. Tahu jugalah aku macam mana nak buat kuih semperit, bahulu, kuih goyang, putu kacang dan sebagainya.

Suasana ini yang aku amat rindukan sebagai seorang anak. Kadang-kadang aku berharap kalau tidak di dunia nyata, tuhan jelmakan saat-saat indah itu di dalam mimpi. Sesungguhnya aku amat merindui suasana itu.

Apabila balik ke rumah ayah melihat pinggan-mangkuk, senduk, kuali, pembacuh kek benar-benar membuatkan hati aku sayu. Terasa jauh sangat hati ini seumpama air sungai yang bergerak jauh menuju ke kuala.

Belum lagi aku melihat baju-baju lama yang pernah di pakai ibu. Ya Allah lebih memilukan hati ini dan bisa menumpahkan air mata. Tat kala aku menulis artikel 2 ke 3 kali aku sebak. Tak semena-mena air mata terus bergenang mengenangkan seorang insan agong yang bernama ibu.

Sejenak aku berada di rumah ayah aku sentiasa terbayangkan arwah ibu aku yang sedang memasak, mengemas rumah dan membayangkan mukanya yang sedang tidur keletihan setelah seharian bekerja.

Sebagai anak kadang-kadang aku terlupa mengucapkan sekalung penghargaan atau paling tidak ucapan terima kasih kepada ibu yang telah bersusah payah menumpahkan sepenuh kasih-sayangnya kepada seorang anak.

Hanya setelah ketiadaannya di dunia ini barulah kita tersedar betapa besar jasa dan pengorbanan seorang ibu. Barulah aku faham betapa betapa sayangnya ibu kepada aku Setelah ibu menutup mata buat selama-lama meninggalkan aku barulah teman-teman rapat ibu membisikkan ke telinga aku "Ri makcik tak tau nak cakap macam mana sayangnya emak kamu pada kamu". Setiap kali aku berjumpa dengan kawan baik ibu inilah antara kalimat keramat yang diucapkan pada aku.

Mujurlah di saat dia menghadapi sakratul maut aku sempat memohon ampun dari hujung rambut ke hujung kaki. Entah berapa ratus kali aku memohon maaf dan air mata sentiasa berjujuran setiapa kali aku memohon keampunan. Setiap kali aku memohon maaf pasti setiap kali ibu akan menutup rapat matanya seoalah-olah dia memberi isyarat bahawa dia memaafkan aku memandangkan dia dah tak boleh berkata-kata kerana stroke.

Sehingga menghembuskan nafas terakhir dia menggenggam erat tangan aku. Terasa sedikit demi sedikit gemgaman tangannya semakin lama semakin lemah sehingga lah dia disahkan meninggal oleh seorang doktor. Dan aku terpaksa menerima hakikat yang aku sudah kehilangan seorang ibu yang amat aku sayangi. Kini aku terpaksa berdikari mengharungi hari-hari mendatang tanpa seorang ibu yang selama ini menjadi pelindung dan tempat aku mengadu nasib serta mencurahkan kasih-sayang...........

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Semoga tuan blog sihat sejahtera hendaknya.

    Semoga mereka yang sudah tidak punya ibu di dunia ini mampu tabah. Doalah pada mereka selalu. Mereka akan gembira disuluhi cahaya.

    From Tanta> www.faridrashidi.com

    BalasPadam
  2. Salam anjang.

    Jasa ibu mmg tak terbalas. Kita doakanlah agar mereka sejahtera di sana. Kalau dapat setiap lepas solat sedekahkan al-Fatihah.

    BalasPadam
  3. Salam tuan Blog,
    Tiada apa yang hendak disampaikan cuma semoga ruh ibunda tuan dirahmati hendaknya.

    BalasPadam
  4. Faridrashidi
    terima kasih

    YB
    terima kasih atas ingatan

    Syahid
    Semoga begitulah hendaknya

    BalasPadam
  5. sedih bila terkenang....sesungguhnya itulah yang terbaik buat ibu kita sekiranya hidup nya derita menanggung sakit..Tuhan lebih Maha Mengetahui,,semoga roh ibu kita dicucuri rahmat. Amin.
    ~salam takziah buat penulis~

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas doa tuan....

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...