Nuffnang

Pengikut

Isnin, 17 Mei 2010

Memoir Seorang Guru


Apabila mengenangkan tentang seorang cikgu ni yang sentiasa tiada di bilik guru dan apabila ada sesuatu perkara untuk dimaklumkan kepadanya, dia amat sukar dicari maka serta merta mengingatkan aku tentang kisah silam aku sepanjang aku bergelar insan bernama guru.



Apa yang dilakukan oleh cikgu tersebut adalah bayangan masa silam aku. Itu sebab aku sangat faham perasaan cikgu tersebut. Sebenarnya hati dan perasaan aku pada masa itu memang tawar dan hambar dalam dunia pendidikan. Minat aku lebih kepada bidang perniagaan.



Tambahan pula aku ada income yang besar dalam perniagaan Direct Selling. Pada masa yang sama juga aku bergiat dalam bidang broker projek. Turun naik ke KL memang sudah menjadi rutin. Pernah sekali hampir 14 hari aku berulang alik ke KL. Habis waktu sekolah aku akan ke Kuala Lumpur. Sekitar 3.00 ke 4.00 pagi aku tiba dirumah. Esok pergi semula ke Kl. Begitulah rutin kerja aku sepanjang 14 hari. Dengan siapa aku berurusan? Tak payah le kome tau nanti macam aku riak pulak.



Sekolah sekadar pergi sahaja. Hanya jasad yang sampai di sekolah. Pemikiran, jiwa dan semangat aku dalam direct selling dan broker projek. Sehingga apa sahaja arahan pihak sekolah aku buat dek sahaja. Tambahan pula apabila aku ditukarkan ke sekolah yang lebih jauh daripada tempat tinggal aku.



Sebenarnya faktor bissnes adalah faktor kedua yang menyebabkan aku dingin dalam dunia pendidikan. Faktor pertama telah aku tulis dalam artikel terdahulu . Baca Artikel Keras ke kepala aku. Pada masa itu aku langsung tak takut dengan siapa sahaja Pengetua, pegawai pendidikan daerah hatta pegawai JPN. Semuanya aku langgar je.



Dalam pemikiran aku kalau orang boleh buat aku, mengapa aku tak boleh buat kepada orang lain. Maka akhirnya aku menerima banyak surat tunjuk sebab. Mesyuarat sangat jarang aku masuk. Namun kelas aku memang jaga. Rasanya kadar masuk kelas aku 99.9%. Inilah satu-satunya sebab yang pihak pentadbir tak boleh nak ambil tindakan terhadap aku.



Itu sebab apabila ada Cikgu bercakap dia hebat sebab lawan pentadbir, hebat sebab tak masuk mesyuarat dan hebat bercakap dalam mesyuarat aku rasa macam angin sepoi-sepoi bahasa yang berlalu di tepi telinga. Semua sudah aku rasa, sudah aku lalui dan akibatnya sudah aku tanggung sendirian. disinilah aku mengenal siapa lawan dan siapa kawan.



Aku dicop sebagai pemalas, tidak berdaya maju, keras kepala, kuat melawan,degil, tak reti buat kerja, macam-macam cop dan label dilabelkan kepada aku termasuklah baju cop ayam. Aiman tak kisah.... Asalkan telinga aku tak luruh, hidung aku tak luruh kome cakaplah. Sebenornya banyak yang kome tak tau apa yang aku pernah lakukan sebelum aku bergelar cikgu.



Takkan aku nak cerita dengan kome aku pernah duduk makan semeja dengan Nazrin semasa mengendalikan Majlis santapan diraja. Aku pernah jadi ketua Ekspo Negeri Perak. Pernah road tour satu Malaysia mengendalikan seminar. Kalau aku ceritapun kome takkan percaya mungkin ada yang mencemik muka. Tapi itu dulu. Kini tidak lagi. Soalnya mengapa aku berubah 110% sekarang. Aku sambung dalam entry seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...