Nuffnang

Pengikut

Khamis, 27 Mei 2010

Bestnya jadi hebat......

Dr. Ary Ginanjar Agustin founder ESQ

"Cikgu saya mau tanya sikit?" Kata budak Kelas Peralihan aku sambil membantu aku menstapler soalan latihan sejarah aku. "Tambi apa mau tanya?" balas aku... "Cikgu ini butul cakap punya cikgu banyak rajin, semua kerja cikgu bikin. lain cikgu rileks saja apa pasal ha". Wow tersentak dan terkejut monkey aku dengan kenyataan pelajar ni....


Kalau bekas pengetua aku yang pernah melabelkan aku pemalas, tak de inisiatif dan macam-macam label negatif dengar kenyataan ni dia pun mesti pengsan 3-4 kali. Dalam hati aku mula berkata-kata budak ni cakap sebab nak bodek aku ke?. Yang sebenarnya dia tak tau. Cikgu lain telah menyelesaikan kerja mereka dari awal. Sedangkan aku memang last minit punya kerja.


Sudah pasti lah nampak macam aku banyak kerja. Namun tersemat juga dalam hati kalau lah ini satu doa yang mendoakan aku agar menjadi seorang yang kuat bekerja aku rasa ok jugak tu. Sebab hidup hanya sekali. Hidup ini amat singkat. Purata hayat manusia 60-70 tahun. Sebenarnya tak de masa untuk kita rileks dan membuang masa.


Apabila aku kaji perlakuan dan tabiat mereka yang hebat seprti ibnu Sina, Al-Radzi, Profesor Ungku Aziz, Imam Ghazali, Socrates dan sebagainya memang mereka ini mempunyai masa rehat yang sangat sedikit. Mereka sentiasa meluangkan masa melakukan kajian terhadap ,pelbagai bidang ilmu untuk ditinggalkan kepada generasi yang akan datang. Maka tidak hairanlah insa-insan ini menguasai pelbagai disiplin ilmu dan terus menjadi rujukan sehingga kini.


Kalau difikirkan hidup kita ini amat singkat dan banyak masa yang kita habiskan dengan pelbagai perkara yang tidak berfaedah yang tidak menjurus kepada peningkatan ilmu. Aku sangat yakin dan pasti sekiranya kita terus berusaha mengisi masa-masa berkualiti kita dengan membaca, membuat kajian, meningkatkan ilmu melalui seminar, bahan DVD dan seumpamanya, kita juga akan menjadi manusia yang hebat kalaupun tidak setanding dengan tokoh-tokoh di atas cukuplah sekadar menghampiri standard yang telah mereka tetapkan.


Aku sangat teruja dengan buku-buku yang dihasilkan oleh Harun Yahya. Kualiti ilmu yang terkandung di dalamnya sangat tinggi. Rasanya kalau aku diberi peluang hidup 2 kali pun dalam dunia ini tak mampu aku nak mengkaji dan menghasilkan buku dalam pelbagai disiplin ilmu. Antara penulis dan presenter lain yang amat aku kagumi ilmunya ialah Anthony robin, Azizi Ali, J. Losier, Dr. Ary Ginanjar, Dr. Azizan Osman dan sahabat baik aku Bhag Singh.


Kualiti ilmu yang mereka curahkan melaui buku, seminar dan sebagainya amat berkualiti tinggi dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian serta berpijak dibumi yang nyata. Namun ada satu ciri yang sama bagi mereka ini ialah sebelum sampai ke tahap sekarang mereka telah menghabiskan banyak masa berkualiti untuk belajar, mengkaji, menuntut ilmu daripada pelbagai sumber. Mungkinkah satu hari nanti nama aku juga akan tercatat sebaris dengan tokoh-tokoh di atas.........

2 ulasan:

  1. hello anjang...salam! aku bhag,terbaca blg hang..isy,isy hang juai nama aku nor? ha.ha.gurau aje. thanks pasal puji-pujian tu..tapi baguih juga tengok hang dah luas minda dan hati. saya kini lebih membaca hal-hal kearah hakikat dan makrifat hidup..kalau ada senang..boleh call 012 595 4290. mungkin boleh tukar2 pendapat?? ok bye and all d best.

    BalasPadam
  2. bhag biar aku berterus-terang... mula-mula aku jumpa hang aku kagum dengan macam-macam ilmu yang hang tau...sedangkan aku banyak benda yang aku tak tau...Apabila hang mula bercerita tentang buku-buku hang baca.. aku pun dah mula minat membaca pelbagai jenis buku....akhirnya rumah aku dah jadi macam library....berkat minat hang yang kuat membaca aku pun terjangkit juga minat membaca... Terima kasih Bhag membuka luas minda dan hati aku....Insyallah memang aku nak sangat sembang-sembang ngan hang...

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...