Nuffnang

Pengikut

Khamis, 27 Mei 2010

Kuasa Marketing


Setelah berguru dengan mahaguru hebat dalam marketing barulah aku paham mengapa orang yang kaya bertambah kaya dan orang yang miskin bertambah miskin. Tentu anda biasa mendengar jenama Power Root. Macam mana jenama ni tiba-tiba muncul dalam market dan menjadi fenomena di Malaysia.


Pernah dengar jenama Ambi Pur macam mana juga tiba-tiba mereka muncul dalam pasaran dan terus mengusai pasaran serta menjadi fenomena serta meninggalkan jauh pesaing utamanya yang telah lama berada di pasaran. Begitu juga jenama Al-Jabar. Teringat aku semasa aku berulang-alik mengajar dari bangi ke sekolah Sri Murni di batu 10 cheras. Setiap hari aku lalu pergi dan balik di hadapan sebuah rumah kayu yang tertera nama pusat rawatan Al-Jabar. Semasa itu perniagaannya kecil sahaja dan hanya mengeluarkan produk hati.


Namun tiba-tiba Al-Jabar menjadi jenama yang hebat juga menjadi fenomena dalam negara. Begitu juga produk Jusmate Dr. Rozmy meledak di pasaran Malaysia dalam sekelip mata. Kesemuanya ini adalah kuasa marketing. Menurut pengasas Al-Jabar 1/3 perolehan syarikat diperuntukkan untuk marketing. Mereka sanggup menggunakan sejumlah wang besar untuk pengiklanan akhbar 1 mukasurat penuh di akhbar dan juga on-air di primetime di TV.


Pemikiran pengguna, pembaca akhbar dan penonton TV akan disumbatkan dengan maklumat-maklumat syarikat sehingga melekat di dalam otak separa sedar. Apabila setiap hari dirangsang maka ia seolah-olah mewujudkan satu keperluan kepada pengguna untuk membelinya. Ingat lagi bagaiman HPA muncul kembali sebagai gergasi MLM bumiputera setelah tenat bertahun-tahun. Hanya dengan penampilan iklan RADIX di Buletin Utama satu ketika dulu telah melonjakkan jualan syarikat hampir RM 18 juta sebulan.


HR Marketing yang amat popular dengar jenama High Goatnya terpaksa membuka kilang baru kerana permintaan yang semakin tinggi setelah iklan 1 mukasuratnya terpapar di dada akhbar harian Metro. Menurut pemilikinya jualan bulanan meningkat kepada RM 10 juta sebulan. Hebatkan kuasa Marketing.


Namun apa yang aku belajar marketing dibahagikan kepada 3 kawasan. 1. kawasan daerah 2. Kawasan Negeri 3. Kawasan Nasional (Seluruh negara). Terpulanglah kepada kemampuan seseorang atau syarikat untuk memasarkan produknya. Sekiranya anda berkemampuan dan berani nescaya anda boleh berjaya seperti syarikat-syarikat yang disebutkan di atas.


Ombak besar umpamnya hanya bermula di rumah. Tetapi dengan strategi pengiklanan yang betul kini perniagaannya bernilai jutaan ringgit. Aku sedang menantikan sebuah lagi company Catering yang bakal menjadi fenomena di Malaysia iaitu Mak Ngah Catering. Lihat iklannya yang cantik di akhbar harian Metro. Dengarnya sahabat baik aku DR. SMS juga akan mengiklankan produknya di peringkat Nasional. Syabas dan tahniah kepada anda...........

8 ulasan:

  1. seronok baca cerita kejayaan org lain ni. Cuma saya ni bilalah lagi nak jadi mcm tu huhuhu

    BalasPadam
  2. betul tu YB, cara dah tau cuma keberanian je yang tak de lagi ni....

    BalasPadam
  3. Anjang

    Kalau 1/3 peruntukkan utk marketing sebenarnya masih sikit. Biasanya organisasi besar (antarabangsa) memperuntukkan 60 - 70 % dari overhead utk Marketing dan A&P (adverstising & promotion).

    Lukmanw

    BalasPadam
  4. thanks sifu, lagi menambah info aku tentang marketing.....sifu boleh sebut sikit contoh company yang buat macam tu sekadar untuk pengetahuan

    BalasPadam
  5. Salam Anjang

    Petronas 67 %
    Silverstone 61 %

    Ini data tahun 2003, sudah pasti selepas tahun itu angka ini naik sikit.

    Lukman

    BalasPadam
  6. thnks sifu, data yang sangat berharga untuk menambah ilmu aku dalam marketing

    BalasPadam
  7. Anjang - kau boleh masuk website organisasi utk lihat yearly report (latest punya).

    Lukman

    BalasPadam
  8. sifu, alamat website dia macam mana

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...