Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 14 Mei 2010

Adegan yang tak ingin di lihat.....

Gambar ni sangat menarik hati aku. Tak tau la kenapa semakin aku tengok semakin rasa nak ketawa. Pelajar ini merupakan salah seorang murid asli di sekolah aku. Dia ni memang cool, selamba dan tak peduli apa oarang kata padanya.

Lihat aksi lompat jauhnya (gambar atas) dengan berbaju sekolah. Yang aku tak tahan siap pakai tai lagi. Kalau jaguh lompat duania tengok ni mesti dia respect kat pelajar ni. Sesudah melompat aku suruh dia possing aksi sesudah lompatan (gambar atas). Mukanya tetap cool dan maintain walaupun sesudah melakukan lompatan yang sangat bertenaga sehingga mencecah 8 meter (ye ke?). Memang world la Bah Lurang ni...

8 ulasan:

  1. hehe...anjang, nasib baik dia bukan pengawas, kalau tak dengan baju jaket pengawas dia terbangkan sama....hehe.

    Tapi tak boleh salahkan dia pun, sebab semangat kuat, tapi keluarga tak berduit nak belikan pakaian sukan. Aku dulu pun macam tu gak. Lari marathon pakai seluar sekolah dan kasut sekolah. Nasib baik teringat nak bawa t shirt belasahan dari rumah. Saja malas nak kacau emak bapak...! Kasut sekolah tu samapai terkopak, macam mulut buaya...hehehe!

    BalasPadam
  2. memang luarbiasa semangat dia...kes tak bawa baju sukan ar ni..cuba check suar dia koyak ke tak

    BalasPadam
  3. kalau diberi latihan dan bimbingan ada harapan jadi jaguh dunia mamat ni. Kalau lompat tu kekalkan dgn pakai tie biar ada identiti sendiri hehehe

    BalasPadam
  4. Carl Lewis kalu nengok budak ni ...mau bunuh diri...hehehe

    BalasPadam
  5. namanya tu mungkin akan mempopularkannya satu hr nanti :D

    .
    .

    unik... klu jd atlet sesuai ni :D

    BalasPadam
  6. Merbawi

    Betul merbawi, kalau di tengok orang asli dan orang melayu yang susah kesian ropa kasut dan bajunya. Nak ambil tindakan pun tak sampai hati. Betul tu kalau Carl Lewis tengok mahu 3 kali pengsan

    YB

    Mana tau satu hari nanti jandi trend

    fndrocka

    Seluar lagi sedih, entah berapa kali koyak dan berapa kali jahit

    ku tak sempurna
    I hope so

    BalasPadam
  7. Salam kenal anjang,
    Tokma singgah dari umah tiny td..gatal2 tangan ketuk pintu umah anjang. Kalau tak sudi tokma singgah maaf lah yer....takde lah tokma datang lagi.
    Tapi nak bagitau jer....tengah2 baca n3 atas tu tetiba jer tokma tergelak. Pasal pakai tai tu ler...that's the best thing of all. Nama pun mcm nak terkenal jer.
    SELAMAT HARI GURU BUAT ANJANG....!! Arwah mak tokma pun guru. Tokma faham pengorbanan seorang guru.

    BalasPadam
  8. Tokma welcome welcome, sangat-sangat dialu-alukan, nikatilah apa yang ada disini,

    Terima kasih, inilah duania cikgu bergelumang dengan pelbagai kerenah pelajar.

    Ada yang suka ada juga yang duka

    Always think positif

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...