Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 19 Disember 2009

Tepek Keras


Pagi yang gelap kini sudah terang. Begitu antara bait lagu kumpulan hujan. Yang tak bestnya susudah terang cuaca kembali gelap hari ini. Mungkin hendak hujan agaknya. Cuaca macam ni memang menjadikan mata mengantuk sahaja. Tambahan pula sekiranya hujan turun. Perut pun apa lagi asyik berdendang minta diisikan sesuatu.

Aku teringat semasa kecil dahulu pada waktu musim hujan arwah emak aku akan membuat tepek keras. Bentuknya macam capati tetapi agak sedikit keras. Cara buatnya pun macam capati. Tepung gandum dibancuh dengan air garam.

Setelah itu diuli dan di lenyeknya dengan meggunakan botol kaca sehingga nipis. Kemudian diletakkan di atas kuali sehingga masak. Kemudian diangkat dan di makan panas-panas. Nak sedap lagi bubuh sedikit planta di atasnya.

Ia perlu di makan-makan panas-panas. Kalau dah sejuk agak kurang "kick". Kemudian di makan dengan ikan masin, perghhhh memang sedap. Selalunya sambil emak aku masak, aku akan makan tepek keras yang sudah di masak sebelum itu. Kadang-kadang belum sempat masak tepek keras yang seterusnya, tepek keras yang sudah dimasak sebelum itu sudah licin di makan.

Namun makanan seperti ini hanya sedap di makan dalam suasana sejuk. Tak sedar kadang-kadang sampai 2-3 keping aku makan sorang. Bestnya tepek keras ni. Ayah aku lagi best kadang-kadang makan dengan sambal tumis petai atau kadang-kadang makan dengan petai mantah dan ikan masin.

Lama dah tak rasa tepek keras. Rindu pulak rasanya maklumlah musim-musim cuaca sejuk dan hujan ni. Memang rindu serindu-rindunya.

4 ulasan:

  1. gambar tu bukan gambae sebenar, tapi tepek keras tu lebih kurang like that la

    BalasPadam
  2. Hang beli roti ARAB la...belambak juai.
    pastu balik boh majerin.panaskan.makan ngan kuah kari yag dah terseduh....sedap!

    BalasPadam
  3. roti arab tak berapa syok. roti melayu jugak best

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...