"Oh diah oi tolong, tolong" jerit opah aku di tengah-tengah malam. Apalagi bergegas le arwah emak aku mendapatkan opah aku di tingkat atas rumah aku. Namun setelah sampai ke bilik opah aku didapati opah aku sedang nyenyak tidur. Emak aku cuba mengejutkan opah aku kerana takut apa-apa yang berlaku kepadanya.
Setelah tersedar opah aku pulak bertanya "ha ngapa kome gerak aku?". Alamak ropanya dia mengigau. Yang tak tahan tu apabila dia mengigau dia kan memekik-mekik dengan suara yang kuat seolah-olah sedang dilanda masalah besar.
"oi diah oii cepat-cepat, udah dekat benor ni". Sekali lagi bergegas arwah emak aku mendapatkan arwah opah aku. Situsi seperti sebelumnya juga berlaku. Sebenarnya dia sedang mengigau dan tak sedar pun apa yang diperkatakan. Dalam seminggu mesti ada harinya arwah opah aku akan mengigau. Kadang-kadang kejap. Kadang-kadang lama.
Mula-mula kami sekeluarga agak ketakutan setiap kali arwah opah aku mengigau. Kalau anda semua dengar memang seram. Kadang-kadang terpekik terlolong dan kadang-kadang mendayu-dayu dan kadang-kadang ketawa.
Lama kelamaan aku dah lali dengan situasi itu. Anda bayangkan kadang-kadang tengah tidur nyenyak diulit mimipi tiba-tiba dengor orang tepekik terlolong sekitar pukul 2- 3 pagi. Mahu tak seram. Pernah sekali aku tidur lewat malam. Tiba-tiba arwah opah aku mengingau, mak oi berderau darah aku.
Pernah juga aku tanya arwah opah aku masa mengigau tu apa sebenarnya yang berlaku. Katanya dia mimpi kena kejor hantu. Kadang-kadang rasa orang nak bunuh dia. Tapi yang bestnya tu nama lain dia tak panggil hanya nama emak aku.
Tabiat ini diwarisi pula oleh anak aku yang nombor dua yang selalu mengigau waktu tengah malam. Tapi caranya lain pulak. Setiap kali mengigau dia akan duduk di atas tilam sambil menepuk-nepuk tilam. Selepas menepuk-nepuk tilam sambil mebebel-bebel dia akan tidur balik.
Pernah satu masa kami sekeluarga tidur lewat kecuali anak yang nombor dua aku terlena tidur. keletihan. Tiba-tiba dia bangkit duduk sambil menepuk tilam dan berkata "Haikal bak sini, abang punya tu, jangan ambik". Sambil menunjuk ke arah remote. Mungkin dia bermimpi berebut remote kut. Selepas itu elok dia tidur balik.
Memang enggak bisa menahan ketawa dong. Aku dan keluarga ketawa tak henti-henti sampai rasa nak terkencing melihat gelagat anak yang nombor 2 tersebut mengigau. Rupanya ada juga di kalangan cicit arwah opah aku yang mewarisi tabiat mengigaunya.
Kalau arwah opah aku masih hidup, mungkin dia boleh menjadi sebahagian produk pelancongan yang berunsurkan suasana seram. Mungkin rumah aku boleh dijadikan homestay dan tempat bermalam bagi mereka yang nak merasakan suasana seram dan cabaran adrenalin yang ekstrim. Apa macam ada berani ka?
part2 seram nie....
BalasPadamhuhu, dari time bebudak sampai la sekarng..
takleh nak kontrol andrenalin!! haha.
selamat tahun baru mike.
ya selamat tahun baru jugak untuk kulup ludin sekeluarga, sama-sama tahun baru
BalasPadamaku pun kadang2 bercakap masa tidur....bini aku la khabo...aku tak sedo masa tu..hahahahha
BalasPadamAnak-anak ckLah masa kecik susah nak tidur...Sampai ada yang tiap malam bawa pusing TI dulu dalam kereta...Baru mau tidur.
BalasPadamTapi itu dulu. Masa mereka belum tahu nikmatnya tidur.
Dah remaja ni....wadddduh! Pantang lepa....megholoh lah dema!
Cikgoodeen
BalasPadamkadang-kadang aku pun takut juga masa mengigau tersebut nama aweks-aweks lama. Tak pasai perang dingin
Cklah
Betul tu anak aku yang nombor 1, pantang nampak bantal, mata pun mula layu
buat homestay adegan seram hehehehe... rasanya mcm2 perangai org kan.. anak dia jek yg ngigau ke?/ abah dia xjoin sekali ke?
BalasPadamiina
BalasPadamabahnya ok je jarang mengigau. eh ye ke?. lupa plak tanya orang rumah