Di sekolah lama aku pada setiap hari khamis akan diadakan mesyurat sekolah. Maka pelbagai isu dibincangkan. Mesyuarat ini merupakan tempat untuk pengetua membuat teguran kepada guru-guru. Setiap kali teguran dibuat maka ada sahaja mata-mata guru-guru di sekolah tersebut melihat atau menadang sinis kepada aku dan seorang lagi cikgu senior yang merupakan sahabat baik aku.
Aku mengerti kerana aku dianggap guru yang banyak masalah. Namun keengganan aku mematuhi sesetengah arahan itu bersebab dan ada alasannya. Pada satu hari pengetua memberi ingatan kepada semua guru Bahasa Malaysia agar masuk ke kelas kerana ada rungutan daripada ibu bapa.
Habis sahaja mesyuarat ketua panitia mencari aku dan pertanyaannya kepada aku seolah-olah akulah yang tidak masuk ke kelas. Aku memberitahu kepada ketua panitia tersebut cikgu boleh memeriksa buku yang selalu ditandatangan oleh guru setiap kali masuk ke kelas yang dipegang oleh ketua kelas. Aku memberitahu kepadanya cuba cikgu cari dalam buku tersebut hari yang aku hadir ke sekolah tetapi aku tidak masuk ke kelas.
Kalau cikgu tidak yakin dengan buku tersebut tanya kepada pelajar siapa cikgu yang selalu tidak masuk kelas. Namun tindakan sperti itu tidak akan dilakukannya kerana aku tahu ramai juga guru yang tak masuk kelas atau lamabat masuk kelas. Kalau betul mencari kebenaran bongkarkan semuanya. Seingat-ingat aku masuk ke kelas inilah yang aku paling jaga. Walau aku dicop macam manapun. Kelas jarang aku tidak masuk. Rasanya kadar masuk kelas aku 99.9 %.
Kerana ini jugalah pihak sekolah tidak boleh mengenakan sebarang tindakan kepada aku kerana tugas P&P aku selesai. Kalau tidak sudah lama bermacam tindakan yang boleh diambil ke atas aku. Memang sudah lumrah apabila kita dicop sebagai bermasalah maka selamanya kita akan dianggap bermasalah. Mereka tidak pernah mencari puncanya mengapa. Banyak kali aku meminta kepada pihak sekolah agar diberi ruang untuk aku berjumpa dan bercakap dengan pihak PPD. Namun mereka hanya senyap. Oleh kerana mereka ada kuasa mereka boleh melakukan dengan sewenang-wenangnya.
Sebenarnya disekolah lama, aku banyak membuat kerja di belakang tabir tanpa mengharapkan nama. Kerana kertas kerja yang aku buat persatuan sejarah mendapat peruntukan yang besar untuk membuat lawatan daripada pihak sekolah. Pengetua kata kertas kerja tersebut bagus. Tidak ada komen terus lulus.Ketua panitia yang dapat nama walaupun aku yang membuatnya. Tapi aku tidak pernah kisah tentang hal itu.
Apabila aku mencadangkan agar di ambil cikgu luar yang benar-benar pakar untuk mengajar pelajar yang tidak tahu mambaca dan menulis cadangan aku ditolak mentah-mentah. Namun pada tahun berikutnya apabila ketua bidang mencadangkan perkara yang sama dengan mudah diterima. Apa maksudnya tu?. Banyak lagi sebenarnya kalau aku nak tulis di sini. Namun biarlah aku simpan takut nanti dianggap riak dan takabur.
Itu sebab sehingga hari ini aku susah hendak percaya kepada golongan pentadbir di sekolah walaupun yang menjadi pentadbir itu pernah menjadi sahabat baik aku satu ketika dahulu. Apabila sudah ada kuasa dan jawatan pandangan mereka lain tidak seperti dahulu. Tidak semasa zaman sama-sama susah dahulu. Bolehlah aku katakan hanya menyelamatkan tengkuk masing-masing. Aku lebih percaya kepada tukang kebun, jaga dan tukang sapu di sekolah. Mereka lebih ikhlas
Namun aku berasa sedikit kecewa kalau setiap kesalahan yang berlaku di sekolah aku akan menjadi mangsa pertama yang dituduh melakukan kesalahan. Umpamanya kes tidak masuk kelas yang aku tulis di atas tadi. Rupa-rupanya yang tidak masuk ke kelas seorang yang berpengaruh di sekolah. Namun apa tindakan mereka selepas itu hanya diam. Kalau memang aku yang tak masuk ke kelas rasanya sudah dapat surat tunjuk sebab.
Kalau aku nak huraikan lebih banyak kepincangan di sekolah, mungkin ada yang disoal BPR. Namun cukuplah. Engkau tidak menganggu periuk nasi aku, aku juga tidak akan menganggu periuk nasi engkau.
*Aku minta maaf kepada pembaca blog kerana tulisan ini agak beremosi. Aku tak tahu mengapa tiba-tiba aku rasa aku nak tulis luahan isi hati aku. Minta maaf kalau ada pihak yang terasa.
he he he..
BalasPadamtulis jangan tak tulis...
ingat tak pengetua yang kena saman tu?
.
.
.
dasat cikgu cikgu sekarang ni kan?
Salam,
BalasPadamHemm...begitulah lumrah hidup dan sifat manusia semasa didunia ini.
Tidak mengapa, luah kan saja, jangan simpan didalam hati, lama lama akan memakan hati, jiwa dan umur..! Kami hanya dapat bersimpati.
Tapi kalau tidak ada watak watak seperti yang tuan sebut tu...hehehe....tak "meriah" ler pulak dunia ni...!! heheheh....Live wayang on the earth...lebih dahsyat dari filem 2012.
Salam anjang.
BalasPadamBos masa saya kerja dulu selalu cakap "hidup ini tak adil tapi itulah hakikatnya."
Sabar ajelah kalau belum bersedia berpindah ke tempat atau pekerjaan lain.
Guru BM masa saya Tingkatan 1 dulu jarang2 ada di kelas kerana dia org kuat BAM. Sentiasa sibuk dgn kerja2 persatuan. Nasib baiklah saya tak kantoi subjek tu hehehe
Terima kasig ashley, YB dan merbawi. Kata-kata anda betul-betul menyejukkan hati aku, memang betul hidup ini banyak yang tak adil. Terima kasih kawan-kawan.
BalasPadamHari ini yang salah sudah jadi yang benar, Yan benar orang sidah tak nampak.
Yang biasa sudah jadi luarbiasa, Yang luarbiasa sudah jadi yang biasa.
Saya rasa saya tahu siapa yg selalu xmsk kelas untuk kelas T5. Cikgu Badrul akan dipindahkan ya? Ada si polan yang mengatakan ada cikgu2 yang menghasut pengetua untuk menukarkan dia. Betul ke atau hanya sembang2 penyedap cerita sahaja?
BalasPadamcite ni kat sekolah lama saya azhans. Sekolah kita pun ada juga sebenarnya tapi saya malas nak cakap, terpulanglah. Rasanya saya tau siapa yang azhan maksudkan, tapi lebih baik kita diam. Tentang cikgu badrul sebenarnya tak de salah sesiapa. Ini disebabkan kesilapan teknikal, kalau saya nak huraikan panjang, berbelit-belit. pertukarannya, pertukaran biasa.
BalasPadamSekolah kehilangan 2 orang cikgu yang betul betul betul bagus cikgu badrol dan cikgu leonanrd. Susah nak jumpa cikgu yang macam itu sekarang
Memang sayang. Cikgu Badrul memang aktif, manakala Cikgu Leonard was born for art!
BalasPadamapa nak buat begitulah lumrah dunia,
BalasPadam