Nuffnang

Pengikut

Rabu, 30 Disember 2009

Ayam melompat


Berlari berkejaran,
berlari ke dewan makan,
kalau tak kejor, ayam pun sapan,
di kebas hantu dan setan.

Antara bait lagu yang telah diubahsuai daripada lagu seiring sejalan nyanyian Broery Marantika dan Sharifah Aini daripada dalam filem hapuslah air matamu. Banyak kisah suka duka di sebalik lagu ini. Lirik yang telah diubahsuai di atas menggambarkan kegigihan sekumpulan pelajar yang tinggal di asrama dalam usaha untuk mendapat ayam goreng yang paling besar di dewan makan. Teruskam membaca ya....

Apapila berbunyi sahaja loceng pada waktu terakhir persekolahan pada hari Rabu sekumpulan pelajar ini akan berlari-lari ke dewan makan terutamanya apabila menunya ayam goreng. Adapun tujuan larian tersebut adalah untuk mendapatkan ayam goreng paling besar. Siapa mereka itu?. Ramai sangat nak disebut namanya. Cukuplah kalau aku katakan salah seorangnya aku.

Sapa yang tak lari jawabnya dapat ayam kecik ataupun langsung tak dapat. Nasib le sapa yang lewat. Larian tersebut bukanlah lari-lari anak tetapi seumpama pelari olimpik menuju ke garisan penamat. Sebaik wisel dibunyikan (loceng waktu terakhir) maka semuanya akan memecut laju selaju-lajunya. Selalunya aku dalam kumpulan top ten. Mungkin disebabkan dalam acara 100meter aku selalu masuk final.

Sesampai di dewan makan, mata kena cekap untuk melihat di mana kedudukan ayam yang besar. Jangan kira apa rembat dulu, yang lain belakang cerita. Matlamat mesti diutamakan.Tujuan hanya satu AYAM GORENG BESAR.

Itu kisah semasa tinggal di asrama. Apabila dikenangkan rasa nak ketawa pun ada. Sebenarnya bukan kelas aku sahaja seperti ini. Kelas-kelas lain pun sama juga. cuma taklah segigih kelas aku yang berusaha sampai tahap 110%. Kalau boleh ditayangkan semula babak-babak tersebut memang malu woiiii. Semuanya sudah menjadi kenangan.

Antara kenangan lain yang ada kaitan dengan ayam goreng yang aku tak boleh lupa ialah pada satu hari apabila aku selesai memilih ayam yang besar maka akupun duduk di tempat aku sambil menyuap makanan. Memang lazat menu hari tu. Ayam goreng dan kuah kari. Perrghhhhhh memang holiyau.

Sedang aku khusyuk makan sambil berasa puas hati dan berasa bangga sebab mendapat ayam goreng yang besar ada rakan yang lain masih sibuk memilih ayam kesukaan mereka,.Dalam kekalutan memilih ada yang tertepuk tray aku. Yang bestnya tu ayam dalam tray aku melompat. Alamak habis lah ayam besar aku jatuh ke lantai. Berputih mata la aku hari ini..... Sia-sia sahaja larian touch down aku hari ini.

Tapi bak kata orang tua-tua kalau dah rezeki tu buatlah macam mana tetap rezeki kita. Kome tau ke mana perginya ayam tu?. Ayam tu melompat tinggi dan jatuh betul-betul di atas bahu kanan aku. Tertenggek cantik je di atas bahu kanan aku. Macam dah dilatih je ayam tu. Mungkin berkat orang yang sentiasa bersabar dan gigih berusaha.

Apalagi dengan selamba aku ambil dan letakkan ayam tersebut ke dalam tray dan meneruskan makan tengah hari dengan bersahaja dan santai. seperti tak da apa-apa yang berlaku. Rupanya ramai geng aku yang memerhati adegan sebabak tersebut. Macam nak pecah perut geng-geng aku yang menyaksikan kejadian tersebut ketawa terbahak-bahak. Rasanya ramai geng-geng lama yang masih ingat peristiwa ini.

Aku rasa sahabat aku Termizi Rafie sampai berayo bijik mata gelak............. Kepada mereka yang tinggal di asrama dan makan di dewan makan jangan pula ditiru aksi ini merbahaya. Aksi ini hanya boleh dilakukan di bawah pengawasan jurulatih bertauliah sahaja.......

Dengarkan lagu yang membangkitkan nostalgia lama ini


4 ulasan:

  1. muahahaha... bukan Termizi Rafie je yg berayo mata, aku pun sama... rugi plak dedulu takde henpon yg boleh rakam aksi ayam melompat tu...

    muahahaha... tak dpt aku byg kan...
    muahahaha... takleh nak berenti gelak :D :D :D

    BalasPadam
  2. kalau dulu ada handphone dan upload kat youtube mungkin tinggi ratingnya, ha ha ha

    BalasPadam
  3. sama la kita..sy dulu kat asrama pun mcm tu jugak.penah pintu dewan makan tu pecah kena tolak dgn raksasa yg kelaparan mcm kami ni.hahhahaha

    BalasPadam
  4. bab pecah dewan makan ni aku ada cerita menarik, nanti aku tulis dalam entry yang seterusnya

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...