Nuffnang

Pengikut

Isnin, 21 Disember 2009

SMS


Apakah tindakan anda apabila mendapat SMS yang amat menyakitkan hati.

A. Terus balas
B. Mendiamkan diri
C. Membalasnya pada masa yang sesuai setelah memikirkan hujah-hujah.

Sebenarnya ke tiga-tiga cara pernah aku lakukan. Namun cara yang kedua dan ketiga lebih kerap aku gunakan. Antara cara kedua dan ketiga aku lebih kerap menggunakan cara yang ketiga. Apabila kita terus membalas SMS tersebut selalunya apa yang kita luahkan itu bersifat emosi dan banyak menunjukkan kelemahan diri sendiri.

Kadang-kadang aku fikir tak sepatutnya kata-kata yang aku tulis dalam SMS itu. Selalunya aku akan mengambil masa selama sehari atau 2 hari untuk membalas SMS yang sedemikian rupa. Tempoh bertenang tersebut menjadikan lebih tenang dan lebih bujak menyusun kata.

Hujah yang keluar menjadi lebih mantoppp dan mengesankan hati orang yang menerima SMS balas tersebut. Kadang-kadang hanya sebaris ayat mampu menjadikan manusia yang menghantar SMS yang menyakit hati sedar sedar tentang apa yang dilakukan dan mengakui kesalahannya.

Namun ada juga yang memang keras kepala. Kalau jenis manusia macam ini walaupun selepas kita membalas SMSnya dia masih menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati biasanya aku tak layan dah. Lantak dia la nak hantor berapa ribu SMS pun. Aku akan terus delete SMSnya. Tak payah baca, buang masa je. Hanya menggugat semangat dan emosi untuk aku melakukan kerja-kerja yang seterusnya.

Dulu semasa terlibat dalam perniagaan jualan langsung dan menjadi broker projek memang hampir setiap hari aku menerima SMS yang menyakitkan hati. Aku pun tak sanggup nak menulis kata-kata tersebut di entry ni. Cukuplah aku katakan amat menusuk jiwa. Semuanya ini berlaku kerana salah faham dan kerana adanya orang tengah yang menjadikan keadaan lebih buruk.

Namun ini menjadikan aku lebih matang dan banyak mengenali kawan dan lawan serta lebih memahami pelbagai kerenah manusia serta menjadikan aku lebih banyak berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata.

5 ulasan:

  1. Salam sahabat,

    Semenjak dua menjak ni, aku ada gak terima mesej ala-ala lucah gitu:

    "Ingin melihat saya tak berbaju? Hubungi ****"

    "Saya kehausan cinta, hantar mesej ke ***"

    Ada gak aku balas dgn menasihat golongan bangsat ni supaya bertaubat, tapi selalunya aku cepat-cepat padam.

    Dalam emel banyak, pasal aku menang loteri UK lah, dapat redemtionlah, macam-macam.

    Selalunya aku spam dan delete..

    BalasPadam
  2. Salam anjang.

    Dulu saya buat mcm anjang tu jugak. Tapi skrg kalau dpt sms mcm tu saya tak kuasa nak balas. Buat buang masa dan kredit aje ngeeee

    BalasPadam
  3. best things diam.. sebab diam itu lagik buatkan org tuh tertanya2.. hahaha.. sebenarnya diam itu lebih powerful sebab org yang nak htr sms camtu sebenarnya nak tgk sangat kita nie melenting dan marah.. tgk kita marah dan melenting dia puas hati.. tapi kalau kita diam.. sebenarnya dia tak senang duduk.. sebab tertanya2 apa riaksi kita sebenarnya..

    dan lagik best kalau dia jumpa atau call.. selamba jek saya ckp.. entah takde dapat sms pun.. senang cite malas nak byk ckp..

    BalasPadam
  4. brahim nyior
    Aku pernah jugak dapat mesej macam tu. Satu hari orang rumah terbaca mesej macam tu. Jenuh juga nak explain.

    YB
    Aku setuju sangat dengan YB lantaklah apa dia nak kata

    xiiinam
    Betul tu, lagi di layan kita yang jadi mental disorder

    iina
    Saya pun sekarang lebih banyak mendiamkan diri, lebih selamat

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...