Nuffnang

Pengikut

Khamis, 31 Disember 2009

Bergagar beb......


3 minggu lepas aku ke Ipoh dengan YB Yusri Bakir. Ada sedikit urusan nak diselesaikan. Masuk waktu Zohor aku dan YB singgah ke masjid negeri Ipoh untuk bertemu dengan tuhan. Seperti biasa aku dan YB akan bersembahyang di ruangan bawah masjid.

Selesai mengambil air sembahyang aku dan YB pun berjalan menuju ke saf di tepi tiang masjid. Semasa nak mengangkat takbir tiba-tiba aku terdengar bunyi yang amat kuat. Bunyi nye lebih kurang macam ni.... Krooohhhhhh, krooooooohhh, piiiiiiiiiiiiiiiii, pussss, diikuti bunyi seperti bunyi benda mengelegak dan diakhiri dengan bunyi letupan bushhhhhhhhhhhhh.

Aku menoleh ke belakang mencari punca datangnya bunyi tersebut. Aku ternampak satu objek besar di atas lantai. Rupanya seseorang yang agak besar sedang sedap tidur sambil berdengkur. Aku tak pernah dengor bunyi dengkuran yang sebegitu hebat,mantop. dan pelbagai variasi. Pada Mulanya senyap, keluar bunyi sikit, kuat lagi sikit bunyinya, bunyi menggelegak dan akhirya seperti bunyi letupan.

Sebelum bunyi letupan keluar, perutnya bergegar-gegar dan berombak-rombak sperti ombak Tsunami. Kelihatan seperti ada sesuatu yang tak sabor-sabor nak keluor dari perutnya. Mungkin gegaran itu 8.5 pada sekala ritcher. Apabila bergegar dan berombak perutnya maknanya akan keluarlah satu bunyi letupan yang kuat. Semasa tu juga aku nampak seorang makcik tua terbongkok-bongkok dan terketar-ketar sedang berjalan perlahan melintasi orang yang berdengkur tersebut.

Aku cukup risau takut makcik tu terkejut dan pengsan semasa bunyi letupan keluar daripada orang yang berdengkur. Pada agakan aku kalaulah bunyi letupan tersebut keluar tepat semasa makcik tu melintas depan orang berdengkur tersebut silap-silap boleh pengsan makcik dan masuk ICU makcik tu.

Memang kuat sungguh bunyinya. Aku rasa satu ruangan bawah masjid boleh mendengarnya. Aku tengok ramai yang sedang menahan ketawa mendengarkan bunyi dengkuran yang unik juga rasa gelihati melihat perutnya yang akan bergegar-gegar dan berombak sebelum bunyi letupan keluar. Di belakang depan, kiri dan kanan masjid aku terdengar ramai yang ketawa kecil. Ada juga yang merah padam muka menahan ketawa.

Aku juga jenuh menahan ketawa semasa sedang sembahyang. Rupanya YB pun menahan ketawa juga. Habis je sembahyang aku dan YB ketawa sampai tak sedor diri. Dalam kereta pun aku dan YB masih ketawa berdekah-dekah. Tak pernah aku tengok YB ketawa macam tu.

Memang lawak betui la orang yang berdengkur. Nasihat aku la kepada kaki dengkur jangan la tidur kat tempat awam kerana betul-betul mengganggu ketenteraman awam. Kemudian kesian orang yang nak bersembahyang langsung tak khuyuk. Silap-silap jenuh mengulang sembahyang sebab asyik ketawa setiap kali mendengar bunyi letupan tersebut.

Bergagar beb.......... Aku tak bawa kamera kalau tidak memang aku videokan....... Kalau rasa nak ketawa. ketawa je puas-puas. Lawak tahun baru ni ha ha ha

7 ulasan:

  1. Sayang ko tak bawak kamera. Kalau ko video gerenti menang Malaysian funniest home movie hehehe

    BalasPadam
  2. Anjang

    Setiap kali kelas pertama aku, aku akan sound student tua aku;

    Nak tidur boleh tapi jangan tidur angkat kaki atas meja, jangan berdengkur hingga ganggu student lain, jangan meleleh air liur sambil banjir.

    Selain dari itu tidurle. Nak baring atas lantaipun dipersilakan. Nak bawa tilam dan dan bantal busukpun dipersilakan.

    Terharu juga bila kelas terakhir semester ini minggu lepas ada seorang student itu cakap - dia tak boleh bayangkan jika memang ada student yang boleh tertidur dalam kelas aku.

    Teringat aku sekali itu aku bawa anak aku ke ke kelas - dia duduk di kantin bersebalahan kelas selama 8 jam - nasib baik ada laptop dan internet!. Bila balik rumah dia beritahu orang rumah aku, kelas aku dari awal sampai habis asyik bunyi orang gelak saja!

    Tapi aku juga serius dalam kelas.

    Moral of the story - kalau dilarang tidur mmg nak tidur sangat. Bagi atau suruh saja tidur!

    Lukman

    BalasPadam
  3. kesian dia......agak2nya kalau dia dengar dengkur dia sendiri mungkin dia pun takleh lena..agaknya la...hahahha

    BalasPadam
  4. YB

    lepas ni berjalan ke mana-mana kena bawa cam coder la. Banyak sangat jumpa peristiwa mencuit jiwa

    lukman

    betul lukman itu murid tua punya feel, murid muda pun samanya. Kalau disuruh tidur tak mau pulak tidur.

    Aku rasa nak masuk kelas sifu pulak rasanya,lama dah tak merasai suasana kuliah yang happy dan tidak memboringkan

    hazlin..

    kenapa? tekejut ke?

    Cikgoodeen

    Mungkin sebab dia tak pernah dengar dengkuran sendiri yang dia tak tau dengkurannya mengganggu ketenteraman awam

    BalasPadam
  5. Teringat dengkuran pelbagai ritma dalam cerita P Ramlee

    BalasPadam
  6. cklah

    Aku rasa kalau p ramlee jumpa orang ni, mau di shooting semula babak dia, ajis dan sudin berdengkur tukar dengan version orang ni

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...