Nuffnang

Pengikut

Selasa, 29 Disember 2009

Cikgu ini hari, hari last saya rokok, esok saya tak mau rokok lagi


Antara kawasan larangan merokok ialah sekolah. Cikgu-cikgu memang tidak dibenarkan merokok dalam kawasan sekolah. Namun bagi perokok tegar sudah pasti peraturan ini menyusahkan mereka. Bagi perokok tegar mereka tetap akan mencari jalan untuk merokok.

Bagi sesetengah pengetua amat memahami keperluan perokok tegar. Ada yang menyediakan tempat tertentu bagi merokok di sekolah. Adanya juga pengetua yang memberi kebenaran secara tidak langsung asalkan semasa mereka merokok tidak dilihat oleh pelajar.

Bagi sekolah yang tidak menyediakan kawasan khas untuk merokok,maka cikgu-cikgu tegar merokok terpaksalah mencari port yang sesuai. Termasuklah seorang cikgu berbangsa india iaitu Cikgu Ravi (bukan nama sebenar). Macam-macam port telah digunakan untuk beliau merokok. Dalam tandas, belakang kantin, tepi padang, dalam stor dan sebagainya.

Kadang-kadang merokok secara solo. Kadang-kadang pula merokok secara berkumpulan. Namun pada satu hari Cikgu Ravi memang sudah tidak tahan merokok. Nak ajak geng-geng tegar yang lain semuanya ada kelas. Port-port biasa pula tak berapa clear. Jenuh juga dia nak mencari port yang sesuai. Akhirnya dia mendapati tapak semaian kemahiran hidup clear daripada sebarang anasir.

Senyap-senyap Cikgu Ravi menyusup masuk ke situ. Hatinya berasa sangat gembira kerana dapat juga dia melepaskan giannya kepada nikotin. Setelah sampai di situ Cikgu Ravi mencari port yang sesuai sambil mengeluarkan rokok dan lighter.

Sedang bersiap sedia menyedut sedutan pertamanya tiba-tiba dia nampak objek yang bergerak-gerak. Rupanya seekor ular yang besar sedang memerhatikannya. Apalagi tak cukup tanah cikgu Ravi berlari sambil berkata "Ayoyo kadawali besar punya ular, besar punya ular". Anda cuba bayangkan bagaimana agaknya gaya cikgu Ravi berlari mungkin macam usai bolt agaknya.

Takut juga rupanya cikgu Ravi dengan ular. Kalau di tengok pada perawakannya gagah dan berani. Apatah lagi ada pendapat yang mengatakan kalau jumpa India dan ular bunuh India dulu. Maka sudah tentulah dia lebih gagah daripada ular. Pucat lesi wajah Cikgu Ravi. Nasib baiklah kulitnya gelap tak nampaklah sangat kupucatan dan kelesiannya.

Tidak berapa lama selepas itu Cikgu Ravi dan geng perokok tegar dipanggil oleh pengetua. Negelabah betul Cikgu Ravi apabila dipanggil pengetua berkaitan masalah merokok di kawasan Sekolah.

Pengetua bersuara "Cikgu Ravi, Cikgu Ravi merokokkan?". Belum sempat pertanyaan pengetua habis ditanya Cikgu Ravi terus menjawab "Cikgu ini hari, hari last saya rokok, esok saya tak mau rokok lagi". Melihat gelagat Cikgu Ravi rakan yang lain dah pengetua sudah mula ketawa.

Kome tau pasal apa pengetua dan rakan-rakan lain ketawa?. Macam mana agaknya Cikgu Ravi yang dah berpuluh tahun merokok tiba-tiba boleh berhenti sekelip mata. Memang ajaib. Sebenarnya pengetua cuma nak bagi tahu kalau nak merokok pandai-pandai sorok daripada penglihatan murid-murid dan jangan sepah-sepahkan puntung rokok.

Mungkin dalam perjalanan hendak berjumpa pengetua, pelbagai alasan telah disediakan. Ditambah dengan sikap ngelabah biawaknya maka secara spontan jawapan tersebut keluar daripada mulutnya.

Alahai Cikgu Ravi lu memang World........... Nalarke...... number one....

7 ulasan:

  1. Eloklah berhenti merokok kan.. tapi pakwe saya yang kat umah tuh entah bila nak berhenti merokok.. nie dah nak masuk 40thn nie.. dah mula saya nak bebel suh berhenti merokok ;)

    BalasPadam
  2. jangan suruh berhenti suruh hisap lagi, kerajaan dah menetapkan apa jenis rokok mesti dijual dengan harga minimum RM 6.40

    BalasPadam
  3. kaya lah org yg merokok nih..
    dh sama stended ngan pakai mercedes..

    biarla tak kaya..
    asal laki cheq tak merokok..!!

    sian cikgu ravi... patutnya cikgu tangkap budak..ni cikgu yg kena tangkap.. kahkahkah..

    BalasPadam
  4. Hang punya entry kali ni, kalau cikgu India baca, mesti terasa...
    Hehehe.. Kebetulan,kat skol aku ada cikgu India nama Ravi, tapi dia tak merokok.

    Siap boleh mengucap, bagi salam.. Kengkadang kami panggey dia, Razi...

    Kes cikgu merokok ni, kat skol aku kami panggey port merokok sebagai "Bilik Maut" sebab hanya orang yang nak maut je dok situ.

    Tahun 2010 khabarnya dh ditutp, sbb Pengetua dh bosan dgn geng merokok ni...

    Sabor jelah. Seb baik aku tak merokok..

    BalasPadam
  5. Saya ketawa guling2 baca kisah ni. Kesian kat perokok tegar yg merupakan dying species ni.

    Lusa harga rokok pun dah nak naik. Lebih baik stok banyak2 kalau belum sedia nak berhenti mcm cikgu Ravi tu.

    BalasPadam
  6. kak tiny
    betul tu hanya orang yang kaya yang boleh merokok. Siapa yang merokok maknanya dia orang kaya la tu

    Brahim Nyior
    Sebenornya ada 3 perkara yang mencuit hati aku
    1. Apabila india berjumpa ular
    2. Apabila cikgu Ravi lari tak cukup tanah.
    3. Apabila tiba-tiba cikgu ravi nak berhenti merokok

    YB.
    Apa pulak helah cikgu ravi kali ni kan

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...