Nuffnang

Pengikut

Ahad, 27 Disember 2009

Pontianak Harum Sundal Malam


"Ayah Calling telepon" Kata Anak aku nombor 3 kepada aku dengan kuat. Calling disebut dalam sebutan melayu. Jenuh juga aku memikirkan caling mana pulak yang telepon ini. Apabila aku tengok di skrin handphone rupanya perkataan "Calling".

Dah nak masuk darjah tiga sebutannya masih banyak yang tak betul. Pada satu hari aku sedang aku memandu kereta anak aku yang nombor 3 bersuara. "Ayah ngapa banyak SALE tertulis kat kedai tu". Oleh kerana sebutannya dalam bahasa melayu maka aku terpinga-pinga jugak SALE apa pulak ni?.

Aku tanya lagi "SALE apa?". "Ayah tak nampak ke tadi ada tertulis kat kedai tu SALE?" kata anak aku kepada aku. "Ayah tengah bawak kereta macam mana nak tengok" aku menjawab. "Tapi kat kedai-kedai lain pun banyak tertulis SALE, kalau jumpa lagi una tunjuk kat ayah"

Aku menjawab "ok". Tiba-tiba dia besuara lagi "Ayah kat depan tu ada SALE lagi". Aku pun melihatnya. "Oh ini maksud SALEnya"Bisik hati aku. Rupanya Sale yang bermaksud jualan murah. Memang la ada di merata-rata di kedai.

Malam ni dalam perjalanan aku kedai untuk membelin telur ayam tiba-tiba anak aku yang nombor tiga bertanya lagi. "Ayah ngapa telur yang kita beli tak jadi anak, ayam tu tak menyeram ke?". Ah keluar lagi perkataan baru MENYERAM.

Dalam hati aku terasa nak ketawa jugak sebab membayangkan susah juga ayam nak dapat anak terpaksa melalui suasana seram baru dapat anak. Terpaksa la kita suruh ayam tu tengok cerita pontianak harum sundal malam atau cerita seram yang lain. Susahkan jadi ibu ayam ni.

Sekali lagi dia main taram je sebut, mengeram jadi menyeram. Janji ada bunyi ram kat hujungnya. Namun anak aku yang nombor dua lebih teruk kesannya kepada aku sekeluarga apabila perkataan bahasa Inggeris difahamkan dengan makna melayu.

Kalau anda tengok di rumah anda apakah perkataan yang tertulis di atas kotak suis utama?. Perkataannya ialah Main Switch. Apalagi anak aku menarik suis yang ada kerana mungkin disangkanya suis itu boleh dimain. Kesan sampingannya bergelaplah rumah aku apabila suis tersebut tersebut jam. Tarik ke atas tak boleh dan tarik ke bawah pun tak boleh.

Aku bertanya kepada anak aku "Mengapa abang main suis tu" "Tu ada tulis main swicth" kata anak aku. Alamak nak marah pun ada, rasa nak ketawa pun ada. Sapa yang nak disalahkan apabila berlaku perkara seperti ini......... Aku rasa Karam Singh Walia pun tak boleh jawab ni. Hati-hati ya jangan biarkan anak anda bermain dengan main Switch.

Saksikan klip video hantu pokok pisang

5 ulasan:

  1. haha.....
    iyebenor tu....
    payah nak membetoikannya....

    BalasPadam
  2. Huh, anak aku yang umor nak masuk 4 tahun tu, tak boleh tengok aku berdua-duaan dgn maknya. Kalu kami bertepuk manja atau berpeluk depan dia, dia akan tanya."Nape baba kawen umi?"

    Rupenyer 'kawen' yang dia maksudkan tu maknanya ringan-ringan tu lah.

    Bebudak Anjang oooi, gitulah..

    Aku teringat adik aku dulu, masa kecik-kecik, pelat bebeno.

    Bila tengok cicak panjat dinding, dia kata,"Cicak pantat dinding.." Habih gelak mak ayah aku. Kami pun sama.

    BalasPadam
  3. kulop ludin

    aje ngan ye

    Brahim nyior
    kalau aku pun mesti ketawa bergulin-gulin tu

    BalasPadam
  4. hahaha...teringin la nak jumpa anak hg yg nombo 3 tu.....

    BalasPadam
  5. Kelakor le kome niiii

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...