Selain RFC HPA juga mengorak langkah untuk menubuhkan rangkaian restoran Radix Oriental Cuisine atau ringkasnya ROC. ROC merupakan restoran yang menyajikan masakan cina ala-ala Restoran Amy Search Restoran Cheng Ho dan sebuah lagi restoran masakan cina yang tekenal di Ipoh iaitu Restoran Laksamana Cheng Ho.
Namun daripada segi susun aturnya ia lebih ekslkusif ala-ala restoran cina yang mahal-mahal yang terdapat di pekan-pekan besar. Namun apa yang menarik makanannya dimasak oleh chef cina muslim 100%. Semua makanan yang disajikan adalah organik, segar dan halal.
Pada mulanya aku menganggap restoran ROC ini seperti restoran biasa mungkin ala-ala restoran Tom Yam. Apabila aku masuk dan meninjau di dalamnya suasananya sangat eksklusif dan kondusif. Sekali lagi perasaan bangga yang teramat sangat apabila melihat syarikat bumiputra Islam mampu membangunkan restoran yang menyamai standard restoran-restoran eksklusif bangsa asing.
Pelbagai jenis hidangan berasaskan masakan cina disediakan disini. Kalau aku nak tulis menunya di dalam entry ini terlampau panjang. Bagi mereka yang datang secara berkumpulan bolehlah memilih seperti set di bawah:
Set A 4 jenis lauk+ nasi putih+herbal tea+ mixed fruit RM 59.00 (2 ke 3 orang)
Set B 5 jenis lauk+ nasi putih+herbal tea+ mixed fruit RM 99.00 (4 ke 6 orang)
Set C 6 jenis lauk+ nasi putih+herbal tea+ mixed fruit RM 149.00 (7 ke 9 orang)
Set D 7 jenis lauk+ nasi putih+herbal tea+ mixed fruit RM 199.00 (10 ke 12 orang)
Apa yang membanggakan aku semasa tinjauan tersebut ada tiga meja yang pelanggannya merupakan mereka yang berbangsa cina. Agak sukar rasanya untuk orang cina makan di restoran orang melayu sekiranya rasanya tidak benar-benar enak dan menepati citarasa mereka.
Di bahagian atasnya aku lihat pak-pak haji berlebai dan wanita berjubah labuh sedang menikmati makanan cina dengan begitu berselera. Namun aku hanya sempat meninjau tetapi tidak sempat merasa memandangkan perut sudah penuh setelah menjamu selera di RFC.
Sebelum ini hanya 2 tempat untuk aku menjamu selera masakan cina di Restoran Amy Search dan restoran laksamana Cheng ho di Ipoh. Kini dengan adanya Radix Oriental cuisine maka pilihan semakin banyak tambahan pula dengan bahan-bahan yang digunakan semuanya bahan organik dengan motonya Your Halal Chinese Cuisine.
Insyaalah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki aku akan mencuba resepi-resepi istimewa di sini. Satu lagi kepada ahli HPA yang berkunjung ke sini jangan lupa bawa kad ahli. anda akan diberi nilai mata.
Alamatnya:
Lot 35 dan 36, Jalan Lagenda 2,
Lagenda Height,
08000 Sungai Petani Kedah
Business Hour
Saturday - Thursday
11.00 am -3.00 pm
6.00pm - 11.30 pm
Friday
4.30pm - 11.30pm
Lot 35 dan 36, Jalan Lagenda 2,
Lagenda Height,
08000 Sungai Petani Kedah
Business Hour
Saturday - Thursday
11.00 am -3.00 pm
6.00pm - 11.30 pm
Friday
4.30pm - 11.30pm
Salam Anjang,
BalasPadamAdik aku try niaga Mat Salai.
So far oklah. Produk Bumi, sistem francais.
Radix ni, aku dah lama minum kopinya.
"Mai secawannn.."
Tapi restoran masakan Cina ni, di tempat aku, banyak yang 'haram'.... Maksud aku, tidak dimasak secara halal... Tak pernah lah aku mencubanya...
Takuttttttttttt..
restoren chinese Muslim kat Shah Alam. Nama: Xian. Kawan yang rekomen. tak silap kat section 9.Kat Bangi hari tu nampak restoren Chinese Muslim baru buka. tak sempat tinjau lagi.
BalasPadambtw, nak komen kat blog kamu ni susah bebenor..3 kali, baru get tru! apasal?
Brahim Nyior
BalasPadammat salai ni yang produknya ikan salai ke?. Rasa-rasa macam pernah dengor. Betul tu restoran masakan cina yang haram memang banyak. Yang halal agak sukar dicari. Aku industri makanan halal cina akan berkembang dengan pesatnya memandangkan orang kita memang teringin nak makan masakan cina
Ashley
Nanti aku cari restoran tu. nak juga cuba..
Aje ngan ye ashley, ramai yang komen macam tu. ada ke cara nak memudahkannya?. Aku bukan nya reti sangat ni?