Nuffnang

Pengikut

Ahad, 27 Disember 2009

Sindrom 3G


Senario 1

"Sejak aku makan produk J ni berat badan aku dah turun sebanyak 12 kg". Kata kak N kepada adiknya.

Senario 2

"kaki akak ni kurang sikit sakitya apbila menggunakan produk s, badan pun terasa ringan" terang seorang kakak tu kepada aku.

Senario 3

"Aku makan produk M ni ok, tapi belum nampak perubahan lagi" kata seorang rakan sekerja setelah menggunakan produk M selama 3 bulan.

Senario penggunaan produk melangsingkan badan menjadi fenomena di Malaysia. Pemikiran kita telah diprogramkan apabila menggunakan produk tertentu kita akan dapat bentuk badan yang langsing, menarik dan mengiurkan.

Benarkah begitu atau hanya mainan psikologi. Apa yang aku perhatikan mereka yang mendakawa ada perubahan setelah menggunakan produk tersebut sebenarnya tak de apa-apa perubahan pun. Sama je macam dulu. Cuma keyakinan mereka bercakap sahaja yang bertambah.

Umpamanya seorang rakan aku yang mendakwa dirinya sihat namun pada masa yang lain apabila dia bercakap sering merungut pula tentang sakit-sakit lain yang masih dihidapinya dan terus mengah dan sakit lutut memanjat tangga-tangga. Mungkin dia lupa apa yang diperkatakan sebelum itu.

Ada yang mendakwa berat badan dah turun, namun hakikatnya masih macam tu juga. Sebenarnya aku pun tak pasti benarkah produk tersebut benar-benar berkhasiat dan dapat menurunkan berat badan.

Yang bestnya ada produk yang menyuruh kita hanya makan produk tersebut, jangan makan makanan lain. Ada produk yang menyuruh kita mengurangkan kuantiti dan kalori makanan yang biasa kita ambil sehingga 2/3 daripada yang biasa kita ambil.

Ada yang menyuruh mengurangkan pengambilan karbohidrat dan melebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Dan seruibu satu cara lagi yang perlu digunakan untuk menurunkan berat badan, namun produk tersebut perlu juga diambil.

Setelah lama memikirkannya aku mempunyai satu kesimpulan. Sebenarnya kalau kita sudah berpantang mengurangkan kuantiti dan kalori makanan serta melebihkan pengambilan buah-buah dan sayur-syuran itu sudah cukup untuk meguragkan berat badan. Tak perlu ambil produk-produk tersebut.

Untuk menahan diri daripada makan makanan yang tinggi lemak, berkaborhidrat dan sebagainya itu yang menjadi masalahnya. Sekiranya perkara tersebut berjaya dilakukan nescaya tak perlu sebenarnya kita pada produk pelangsingan badan.

Kemudian diikuti dengan exercise yang dibuat secara rutin. Masalahnya orang kita exercise hanya hangat-hangat tahi ayam. Kombinasi menjaga pemakanan dan exercise yang konsisten merupakan kunci penurunan berat badan dan cara yang paling baik mendapatkan badan yang sihat.

Satu lagi aspek yang penting diketahui ialah kepandaian kita membaca kalori makanan. Ini juga akan dapat membantu kita mengetahui had pemakanan yang perlu diambil dalam sehari. Dengan adanya exercise yang konsisten, manjaga pemakanan dan tahu membaca kalori hasrat kita ke arah menurunkan berat badan dan hidup secara sihat akan tercapai.

Hentikan tabiat membeli produk-produk yang hanya menghabiskan duit anda. Lebih baik anda melaburkan duit anda untuk membeli alat senaman seperti treadmil, basikal statik dan lain-lain lagi ataupun membeli penapis air berkualiti tinggi kerana air yang kita minum juga memainkan peranan yang penting ke arah penjagaan kesihatan yang baik.

Sebenarnya inilah azam tahun baru aku untuk hidup lebih sihat dengan mengamalkan pemakanan organik. Itupun kalau mampu sebabnya kebanyakan makanan organik amat mahal harganya.

5 ulasan:

  1. pandainya anak muid aku ni, belum cikgu tulis dah boleh teka ha ha ha

    BalasPadam
  2. Mcm ni saya pun nak berazam turunkan berat badan sempena tahun baru. Kalau dapat turun 10 kg pun dah ok. Bulan puasa hari tu dapat turun 6 kg tapi dah naik balik huhuhu

    BalasPadam
  3. Dirumah boleh control, kalau dah berjalan memang di luar kawalan

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...