Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 5 Disember 2009

el-zahra inn sg. petani

Dipetik daripada lawan web HPA

Hotel El-Zahraa merupakan sebuah hotel bajet bercirikan Islamik yang berkonsepkan Timur Tengah.El-Zahraa juga menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh umat Islam seperti sejadah di dalam bilik, laungan azan serta bacaan ayat suci Al-Quran.

El-Zahraa Inn juga dirangkaikan dengan penginapan secara Homestay sebagai penginapan alternatif bagi menampung keperluan sekiranya hotel penuh. Penginapan ini disediakan di Jawi Homestay, di Bandar Laguna Merbok.

Hotel ini juga menyediakan sejumlah 29 bilik untuk dinikmati oleh oleh para pelanggan. Bilik Superior (single) sesuai bagi pelanggan yang memerlukan ruang tidur dan rehat yang ekonomi. Manakala bilik superior (Double) bagi pelanggan yang berpasangan.

Bagi mereka yang berkeluarga boleh memilih bilik jenis Deluxe manakala bagi pelanggan yang mementingkan keselesaan dan ketenangan bolehla memilih Executive yang dihiasi fabrik serta hiasan dalaman serba mewah.

Kemudahan dalam bilik

  1. Bilik berhawa dingin
  2. LCD TV
  3. Siaran Astro
  4. Wifi
  5. Telefon
  6. Bar mini / Peti sejuk
  7. Cerek
  8. Air panas/ sejuk
  9. Seterika / papan
  10. Sejadah, Al-Quran dan arah kibalat
  11. Produk HPA
  12. Bantal dan selimut tambahan
  13. Kain batik dan kain pelikat
Terletak di tengah kepesatan pertumbuhan bandar Sungai Petani bahagian Utara, iaitu di Lagenda Height, El-Zahraa Inn boleh dikunjungi dari plaza tol Sungai Petani utara oleh pelanggan yang menggunakan lebuhraya utara-selatan.

Hotel ini juga dikelililngi oleh rangkaian perniagaan HPA yang lain seperti Restoran Radix Fried Chicken, ROR, ROC dan Radix Bakery House.Bagi pelanggan yang mementingkan keselesaan dan ketenangan bolehlah memilih bilik yang executive yang dihiasi fabrik serta hiasan dalaman serba mewah (RM150)


Bilik superior (Double) bagi pelanggan yang berpasangan. Bagi mereka yang berkeluarga boleh memilih bilik jenis Deluxe (RM100)


Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi:
Tel : 04-4259144/150
Fax: 04-4259131
Email: elzahraa_inn@yahoo.com

3 ulasan:

  1. Lawa..tapi ada kolam tak?
    Budak budak suka mandi jaaa..
    .
    .

    Sebab sg Petani ada hotel beserta makanan HOMEMADE!!
    he he he..( rumah PAK MERTUA!!)

    BalasPadam
  2. Rasanya kolan tak de. lagi best homemade lebih terjamin daripada segi nutrisinya. Sambil balik jengah le ke outlet-outlet HPA

    BalasPadam
  3. Salam teams , tolong like website facebook pages hotel elzahraa inn : https://www.facebook.com/ElZahraaBoutiqueHotel dan juga boleh layari website google elzahraa inn iaitu : www.elzahraahotelsp.com.. terima kasih dan jgn lupa like pages yea..
    El-Zahraa Boutique Hotel
    El-Zahraa Boutique Hotel is designed with Middle East concept to give the best experience to its guests - "experience the myth"
    Page: 85 like this.

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...