Nuffnang

Pengikut

Rabu, 17 Jun 2009

LUKISAN 4D

Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup ada satu tajuk tentang lukisan kejuruteraan. Tajuk ni memerlukan pelajar melukis dengan teknik kejuruteraan yang mudah dan simple. Selama hampir lima tahun aku mengajar KH. Mulanya takut juga aku nak ngajo KH ni. Maklum le sesuatu yang agak asing bagi aku.

Tapi berkat tunjuk ajar cikgu senior KH Cikgu Razak Lebai Ahmad (Cikgu ni dah mengembara banyak tempat menarik di seluruh dunia-nanti aku ceritakan pengalaman dia), Maka aku terus jatuh cinta dan seronok mengajar KH.

Bagi aku subjek KH ni subjek yang hidup dan semua budak suka sama ada budak pandai atau budak lemah sebab banyak benda-benda praktikal sperti bertukang, berkebun, solder litar,repair lampu, bela ikan dan macam-macam lagi.

Student pun tak ramai sebab satu kelas dia bagi dua. Yang lelaki ngan aku. Yang perempuan ada cikgu perempuan yang ajar. Selalunya waktu KH waktu yang ditunggu oleh pelajar. Kadang-kadang 5 minit sebelum waktu KH pelajar dah berderet menunggu di luar bengkel. Terutamanya pelajar asli cukup suka ngan KH ni.

Berbalik kepada lukisan kejuruteraan tadi. Antara kandungan dalam tajuk lukisan kejuruteraan ada satu tajuk lukisan Oblik. Sebelum masuk tajuk ni macam biasa kena ada set induksi. Oleh kerana pelajar yang aku akan ajar merupakan pelajar lemah campuran pelajar asli dan india maka soalan dalam set induksi pun soalan yang rendah tahapnya.

Aku tanya mereka apa lagi jenis-jenis lukisan yang mereka tahu dan pernah lihat. Ada yang menjawab lukisan orang. Ada yang menjawab lukisan binatang. Ada yang menjawab lukisan kartun. Ada yang menjawab lukisan 2D dan ada juga yang menjawab lukisan 3D.

Hebat juga jawapan mereka ni. Mungkin mereka biasa dengar nama-nama tu atau terlihat dimana-mana.Seperti mana biasa kita kena apreciate setiap jawapan mereka. Setiap kali mereka menjawab aku akan cakap bagus sambil angkat ibu jari.

Tiba-tiba ada seorang pelajar india masih nak jawab. Pelajar ni memang agak lemah, membaca pun tak lepas."Cikgu ada satu lagi lukisan" Lukisan apa aku tanya " "4D Cikgu". Tercengang juga aku. Aku tanya dia kat mana tengok lukisan tu. Dengan selamba dia menjawab "Sana pekan ada cikgu, saya punya bapak selalu masuk, dia punya kedai warna kuning".

Aku rasa macam nak pecah perut gelak. Memang tak tahan, bagi aku ini la lawak antarabangsa paling kelas sekali. Ada la dua tiga orang budak yang faham dia gelak juga. Ramai juga yang tak de apa-apa respon. Mungkin mereka taka paham.

Aku rasa kome pun tau lukisan 4D tu apa sebenornya. Aku nak gelak lagi sekali hua...hua...hua.., ha ha dan ha ha ha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...