Nuffnang

Pengikut

Selasa, 2 Jun 2009

McDonald dan Restoran Orang Kita

Agak lama aku tak ke McDonald. Entah macam mana hari isnin yang lepas aku teringin sangat nak makan di McDonald sambil meraikan ulangtahun kelahiran anak aku yang pertama. Hampir dua tahun aku tak sambut hari kelahiran dia disebabkan hal-hal kerja duniawi yang tak dapat dielakkan.

Oleh kerana aku sampai ke Mc. Donald waktu tengah hari suasananya penuh sesak. Nak order makanan pun terpaksa berbaris. Sambil menunggu giliran aku dapat perhatikan betapa cekap dan bersunggguhnya pekerja-pekerjanya dan mereka sangat faham tentang tugas masing-masing.

Tak payah di suruh setiap orang tahu tugas dan kerja apa yang nak dibuat. Majoritinya pekerja melayu. Sangat cekap, efisyen dan bersungguh-sungguh serta muka yang sentiasa ceria. Fikiran aku melayang mengenangkan kebanyakan sikap dan perangai pelayan-pelayan di restoran melayu yang juga pelayannya orang melayu.

Muka tak usah kira la susah nak senyum dan masam mencuka. Dah duduk lama pelayan tak datang lagi. Kesungguhan bekerja tak de, main-main, sambil lewa dan suka ketawa-ketawa. Kadang-kadang kita mintak menu A, menu B yang sampai . Service lambat dan kadang-kadang sampai empat lima kali dia datang tanya kita "minum air apa tadi?"

Sedangkan di Mc. Donalds itu orang melayu pekerjanya dan di restoran itupun orang melayu pekerjanya. Kenapa jauh benar sikap, perangai dan komitmen terhadap kerja bagi kedua-dua premis itu. Apakah disebabkan kerja dengan orang melayu kita boleh bersikap sambil lewa dan Apabila bekerja di International Restoran lain pulak sikapnya. Kita fikir-fikrkan.........

3 ulasan:

  1. skarang nie da terbukti...mc donald da adw tnda2x menyatakan bahawa ianya haram

    BalasPadam
  2. Mgkn gaji tinggi kot...itu yg Kerja sungguh2...satu lagi mereka mesti Menjalani kursus yg dianjurkan syarikat..dan McD ni dah ada system bekerja dan pengurusan outlet yg efektif...Cuba restoran melayu ada system begitu...

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...