Nuffnang

Pengikut

Khamis, 18 Jun 2009

Berkongsi

Cerita ni aku baru baca daripada buku SETENGAH BERISI, SETENGAH KOSONG yang merupakan tulisan pengarang Indonesia PARLINDUNGAN MARPAUNG. Aku nak kongsi dengan pembaca blog sebab ceritanya sangat lucu dan ada mesej yang kuat.

Ceritanya macam ni.... Ada sepasang suami isteri yang telah lanjut usia ingin mengimbau nostalgia lama dengan makan di tempat lama mereka bekerja. Lebih tepat lagi di kantin sebuah pejabat sambil menjamu makanan kegemaran mereka nasi dan sup ekor. Kebetulan pada waktu itu waktu makan tengah hari.

Sudah pastilah ramai pekerja pejabat yang berbaris panjang yang juga hendak menikmati makanan tengah hari. Pasangan ini juga berbaris bagi menunggu giliran mereka untuk memesan makanan. Sampai giliran mereka, pasangan tersebut meminta semangkuk suk ekor, sepinggan nasi dan 2 gelas teh ais.

Pelayan yang mengambil order dan orang yang berbaris hampir dengan pasangan ini kehairanan dan menganggap pasangan ini tidak mampu dan susah kerana hanya meminta sepinggan nasi dan sepinggan sup ekor untuk dikongsi 2 orang.

Sebelum makan si suami membahagikan nasi kepada dua bahagian. Si suami pun makan dengan berselera. Sementara isterinya hanya melihat suaminya makan dengan rasa penuh gembira. Pelayan tadi berasa kasihan dan menawarkan kepada pasangan tadi sepinggan nasi dan sup ekor lagi sebagai pemberian ikhlas daripadanya.

Namun tawaran itu di tolak dengan lembut oleh si isteri. Si suami menyambung menikmati semula makanannya. Si isteri hanya tersenyum melihat suaminya terus makan dengan berselera. Begitulah besarnya pengorbanan isteri untuk suami tercinta.

Namun pelayan tadi sudah tidak dapat menahan rasa hairannya. Lalu bertanya "Makcik saya tengok dari tadi makcik hanya menunggu dan melihat pakcik makan. Boleh saya tahu mengapa makcik tidak makan dan apa yang makcik tunggu.

Kome tau apa jawapannya. Siap sedia untuk ketawa sepanjang hari. Dengan bersahaja dan tersenyum makcik tu menjawab "Makcik sedang tunggu gigi palsu, yang sedang di pakai oleh pakcik tu"

2 ulasan:

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...