Hari khamis lepas aku menghantar orang rumah mesyuarat di Taiping Golf Resort di Kamunting. Badan memang tak berapa sihat tapi aku gagahkan juga menghantar orang rumah memandangkan kereta tak berapa sihat (macam tuannya juga). Risau pulak aku dia drive sorang-sorang.
Tepat pukul 9.00 aku tiba Di Taiping Golf Resort. Selepas menghantar orang rumah, cadangnya nak berehat kejap. Terkebil-kebil biji mata tak mau terpejam. Akhirnya aku ambik keputusan untuk makan pagi di Kedai Nasi Lemak Warung Muhibbah yang pernah tersiar dalam rancangan Warung Kita.
Malangnya kedai tu tutup. Frust betui aku. Akhirnya aku ambil keputusan ke Restoran Bismillah. Agak lama aku tak ke sini. Tak de apa yang berubah serupa macam dulu je. Aku mencuba tosenya walaupun aku rasa roti canai,nasi briyani dan murtabak nya lebih sedap .
Bagi orang-orang lama kedai ni banyak kenangan kerana restoran ni dah lama betul wujud di sini sejak tahun1900. Menurut bapa mertua aku yang pernah bawak teksi satu ketika dulu restoran ni memang happening sekitar 70-an dan 80-an.
Masa aku minum ni pun kedai ni masih dipenuhi orang-orang lama. Mungkin banyak kenangan mengusik jiwa dan nostalgia lama yang tersimpan di sini. Apa pun aku suka kedai ni sebab suasananya mengingatkan aku kepada kedai-kedai mamak yang pernah aku kunjungi zaman kecik-kecik dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan