Sekitar 3 tahun yang lepas pintu kereta sebelah kanan depan dan belakang tak boleh dikunci menggunakan remote kereta. Agak lama terpaksa mengunci secara manual sahaja. Aku pun pergilah ke sebuah kedai accessories di bandar warisan Taiping.
Agak lama juga aku tunggu pekerja kedai tu merepair kunci aku. Lepas satu jam belum siap lagi. Masuk jam yang kedua tak siap lagi. Masuk jam ketiga tak siap lagi. Aku dah resah sementara anak-anak pula dah gelisah. Aku tanya pekerja mengapa lambat. Macam-macam alasan dia bagi.
Jenuh juga macam-macam cara dia buat tetap tak boleh repair. Namun dia tak putus terus cuba dan cuba. Akhirnya dia mengaku kalah dan terpaksa panggil pekerja kedai accessories yang lain untuk datang membantu.
Aku tengok pekerja kedai accessories yag lain tu sekejap je dia buat terus ok. Sedangkan pekerja kedai accessories yang mula-mula jenuh. Bila aku tanya siapa yang datang tu dia kata yang datang tu expert bahagian kunci.
Apa yang aku nampak disini seolah-olah ada satu MOU tak bertulis antara semua kedai accessories yang akan membantu sesama mereka apabila sesuatu masalah itu tak dapat diselesaikan.
Semalam sekali lagi sikap ini aku lihat apabila aku tanya taukeh kedai repair tangki kereta tu kalau-kalau dia tahu mengapa aku punya kereta kuat goyang apabila brek. Selang beberapa minit aku nampak sorang pomen entah dari mana datang membantu menyelesaikan masalah yang aku tanya tu.
Apa yang aku boleh simpulkan disini sikap peniaga cina cukup kuat membantu sesama sendiri. Pengalaman aku merepair kereta di kedai melayu suatu ketika dulu agak berlainan. Bila aku tanya taukeh kedai repair kereta A tentang kedai repair kereta B. Macam-macam dikutuknya. Kedai tu tak bagus, tak reti repair kereta dan orang banyak lari dari kedai dia.
Bagi aku kita kena berubah ikut cara peniaga cina yang banyak membantu peniaga-peniaga baru yang baru nak naik. Aku akan sambung lagi cerita ini dalam entry yang sterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan