Nuffnang

Pengikut

Rabu, 17 Jun 2009

Imam Magnum


Ini satu lagi kisah yang lebih menyayat hati dan aku anggap benar-benar tragis serta meningitis. Cerita ni diceritakan olah kawan baik aku. Latar tempatnya terpaksa aku rahsiakan demi menjaga perpaduan kaum belia dan beliawanis Kg. Jeram Mengkuang dan ke arah matlamat one malaysia.

Ini kisah benar yang tak pernah dipaparkan di mana-mana blog dan website. Hanya terdapat di Blog Anjang. Pelakunya pun masih ada dan aku kenal sangat orangnya. Peristiwa ni berlaku dalam sebuah surau. Macam biasa apabila nak memulakan sembahyang imam akan mengambil tempatnya di depan.

Oleh kerana makmum tak berapa ramai maka di kiri dan kanan saf masih banyak tempat yang kosong. Member aku memang datang lambat. Malam tu dia tiba di surau pada rakaat akhir. Semasa dia tengok imam sujud di rakat terakhir tiba-tiba terkeluar dua keping tiket magnum.

Aku rasa imam tu mesti gabra dan tak khusyuk. Dalam hatinya mesti cakap "malunya aku" ataupun "macam mana aku boleh terlupa keluarkan tiket magnum dari poket" ataupun "lamanya nak habih tahyat akhir ni".

Aku tak tau macam mana perasaan imam itu bila tembelangnya pecah. Selepas tu masa bersalam ngan makmum mukanya kelat-kelat masam. Moralnya : Sebelum pergi masjid periksa dulu apa yang ada dalam poket baju anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...