Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 5 Jun 2009

PADIYAPPA



Sebelum ni aku pernah tulis tentang sikap pelayan melayu di restoran orang kita dan Mc D. Amat jauh berbeza sikap antara keduanya. Sedang aku minum teh di Sungei Palas jam menghampiri pukul 5.30 petang. Pengunjung masih ramai yang menikmati minum petang.

Pada masa yang sama pelayan-pelayan india di Tea Boh Centre Sungei Palas mula nak mengemas. Yang aku tak puas hati tentang sikap. Kita tengah sedap minum teh dia sibuk menyapu. Habuk-habuk berterbangan. Kerusi dan meja berdentung-dentang berbunyi. Kasar betul kerjanya.

Tak cukup ngan itu bunyi kerusi dan meja yang dikemas sama naik dengan bunyi mulut. Cakap punya la kuat Yenna Dei Tambi!. Sorang memekik dari belah sini, sorang lagi dari belah sana. Aku rasa macam dia saja nak show off macam dia la yang hebat. Ada juga yang mengulat asyik SMS. Kejap-kejap telefon. Satu lagi mereka suka mengutuk pelanggan dalam bahas aIndia. Aku paham juga sikit-sikt bahasa India ni.

Bagi aku Tea Boh Centre ni ikon Cameron Highland malah mungkin salah satu ikon negara bagi pusat pelancongan tanah tinggi. Kalau ini sikap nya memang mencemarkan nama baik Tea Boh Centre, Cameron Highland malah negara. Mat Salleh yang tengah minum pun pening melihat gelagat-gelagat pekerjanya yang ala-ala hero filem tamil. Sebijik.....

Kalau Rajinikand tengah minum kat situ pun mesti dia marah. Padiyappa.....Bagi aku sikap tu terlampau kurang di ajar. Pihak pengurusan Tea Boh Centre Sungei Palas perlu mengambil langkah bagi mengatasi masalah ini agar ia tidak membarah dan mencemarkan imej.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...